Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik | Filem

Samsara – A Cine-Concert

Diselenggarakan oleh Esplanade
Garin Nugroho (Indonesia)

10 Mei 2024, Jumaat, 8pm

1jam 20minit

(Waktu rehat: Tiada)

Dewan Konsert Esplanade

Beli tiket
Tentang Acara

Apakah yang sanggup digadaikan untuk mencapai keinginannya?

 

Menyusuli persembahan yang diiktiraf antarabangsa, Setan Jawa — dimana tiket habis dijual untuk tayangan di Esplanade — pengarah Indonesia yang dihormati, Garin Nugroho, kembali untuk tayangan perdana dunia bagi Samsara, satu pengalaman sinematik menakjubkan yang menggabungkan filem bersama muzik yang dimainkan secara langsung. 

 

Samsara mengisahkan seorang lelaki yang tidak mendapat restu daripada keluarga wanita yang dicintainya kerana perbezaan darjat. Beliau membuat pesugihan dengan Raja Monyet tetapi dalam proses itu, menjebak isteri dan anaknya ke dalam kancah penderitaan. Berakar umbi dalam mistik Indonesia, kisah ini merupakan naratif universal tentang ketamakan manusia yang tidak pernah puas dan batas yang sanggup dilanggar untuk mencapai keinginannya.

 

Seperti persembahan Setan Jawa, Samsara adalah sebuah “konsert-pawagam” yang diilhamkan daripada filem hitam putih German pada tahun 1920-an serta wayang kulit (boneka bayang tradisional Indonesia). Sementara Setan Jawa memaparkan filem senyap menggugah yang diiringi dengan muzik gamelan dan orkestra klasikal Barat. Samsara menggantikan orkestra dengan muzik elektronik rancak yang dimainkan secara langsung. Penerbitan ini menggabungkan skap bunyi elektronik dengan elemen persembahan tradisional Bali seperti orkestra gamelan, tarian tradisional, topeng dan wayang kulit. Samsara dibintangi dua bakat pentas dan filem hebat di Asia Pasifik, penari Indonesia-Australia, Juliet Widyasari Burnett, dan pelakon filem Indonesia, Ario Bayu.

 

Di bawah pimpinan berani dan berwawasan Garin Nugroho dan karya luar biasa sebuah pasukan kreatif, Samsara menjanjikan satu pengalaman sinematik berani dan tidak dapat dilupakan, menyatukan aneka bentuk seni, nuansa dan tradisi Indonesia dahulu dan sekarang.

 

Kredit Penerbitan
Pelakon utama: Ario Bayu & Juliet Widyasari Burnett
Pelakon sokongan: Gus Bang Sada, Valentine Payen-Wicaksono, Siko Setyanto, I Wayan Wira Kusuma, Aryani Willems & Cok Sawitri

 

Pengarah: Garin Nugroho 
Penggubah muzik: Wayan Sudirana & Gabber Modus Operandi 
Pemuzik: Gabber Modus Operandi & Gamelan Yuganada

 

Diselenggarakan oleh Esplanade – Teater di Persisiran 
Terbitan Cineria Films, Garin Workshop & Lynx Films
Disokong Kementerian Budaya, Penyelidikan dan Teknologi Republik Indonesia dan Yayasan Puri Kauhan Ubud
Terbitan Cineria Films, Garin Workshop & Lynx Films
Disokong Kementerian Budaya, Penyelidikan dan Teknologi Republik Indonesia dan Yayasan Puri Kauhan Ubud

 

Penerbit: Gita Fara & Aldo Swastia 
Penerbit Eksekutif: Ario Bayu & Rob O’Hare 
Penerbit Penyelia: Jala Adolphus
Koreografer: Ida Ayu Wayan Arya Satyani 
Pengarah Fotografi: Batara Goempar
Pereka Kostum: Retno Ratih Damayanti
Pereka Penerbitan: Vida Sylvia
Pereka Pentas: Iskandar Loedin
Pereka dan Perakam Bunyi: Trisno 
Penyunting: Beck 
Penerbit Bersama: Rai Pendet, Batara Goempar
Penerbit Operasi dan Logistik: Ineke Bajalaras

Nasihat:
  • Lampu strob digunakan dalam pementasan ini.

  • Menggandungi aksi ganas dan tema matang.

  • Kemasukan untuk penonton yang datang lambat tidak dibenarkan sehingga masa yang sesuai dalam persembahan (jika ada). Penonton yang datang lambat akan diberi tempat duduk di Circle 3.

Umur Kemasukan:
16 tahun ke atas.
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tiket: Harga tidak termasuk bayaran tempahan ejen. Masukan ke tempat-tempat persembahan dibolehkan kepada penonton yang mempunyai tiket yang dibeli melalui ejen tikey yang sah sahaja. Baca tentang tiket atau periksa soal jawab (FAQ) kami.

Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.

Sila kekal berwaspada dengan ancaman penipuan pancingan data yang kian meningkat. Gunakan saluran tiket rasmi seperti Esplanade.com atau Sistic.com.sg dan periksa bahawa anda melayari laman web yang sah sebelum  anda log masuk untuk menempah tiket.
Tentang Artis

Ario Bayu

Instagram

Ario Bayu adalah salah seorang pelakon filem Indonesia terkenal, di mana karyanya terdiri daripada penerbitan filem Indonesia hingga Hollywood. Dilahirkan di Jakarta kepada ibu bapa Jawa, Ario Bayu telah meluangkan saat-saat beliau membesar di bandar Hamilton, New Zealand, dan melanjutkan pengajian di Teater Globe di London.  

 

Beliau telah pertama kali menempa nama di persada seni dalam filem, Dead Time: Kala, di mana Ario Bayu melakonkan watak detektif, penghormatan pertama Indonesia kepada filem noir yang telah menerima reviu baik daripada pengkritik, arahan Joko Anwar. Karya terbarunya adalah Cigarette Girl (Gadis Kretek, 2023), siri asli Netflix arahan Kamila Andini, yang telah ditayangkan dan mendapat sambutan baik oleh penonton d Festival Filem Antarabangsa Busan 2023.  

Gabber Modus Operandi

Instagram

Gabber Modus Operandi adalah hasil daripada silang beberapa genre yang sama-sama agresif. Pengaruh mereka luas dari keluaran muzik elektronik seperti gabber, tekno hardcore gerak kaki Chicago, grindcore dan muzik berkenaan punk ciptaan sendiri, hingga muzik tradisional tempatan seperti jathilan dan dangdut koplo. Mereka baru-baru ini bekerjasama dengan bintang muzik antarabangsa, Bjork, bagi album terbarunya, Fossora (2022).  

Garin Nugroho

Instagram

Seorang perintis dalam pawagam Indonesia baru, Garin Nugroho berkecimpung dalam filem dan persembahan secara langsung, merunding kerumitan budaya dan negaranya melalui pelbagai gaya pembuatan filem dan disiplin artistik. Karya filemnya luas yang merangkumi filem pendek, iklan, video muzik, dokumentari, teater, seni persembahan dan seni pemasangan. Gafrin juga telah mengasaskan beberapa festival seperti  Festival Filem Netpact Asia Jogja (JAFF).    

 

Garin telah menerima pelbagai anugerah antarabangsa: Order of Arts and Letters dari Perancis, Stella D'Italia Cavaliere dari Itali, Anugerah Kehormat di Festival Filem Antarabangsa Singapura, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dari Festival Filem ASEAN Bangkok dan banyak lagi.  

 

Garin dianggap sebagai perintis generasi pembuat filem avant-garde baru, selepas tahun 1990-an. Selain mencipta karya, beliau juga seorang penulis buku, pengasas festival seni dan filem dan juga telah menubuhkan sebuah pertubuhan tidak mengaup keuntungan (NGO) untuk demokrasi. Turut dikenali sebagai pakar dan pengamal budaya, beliau telah menghasilkan filem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Opera Jawa (Requiem from Java, 2006) dan Setan Jawa (2016) dengan identiti budaya yang kukuh.  

I Wayan Sudirana

I Wayan Sudirana adalah seorang penggubah dan pakar etnomuzikologi kelulusan Universiti  British Columbia, Kanada. Beliau mempelajari muzik asli Bali bersama tradisi muzik sedunia seperti Pungmul dan muzik Samulnori dari Korea, genderang dari Ghana, Afrika Barat, genderang India Selatan dan muzik klasikal Barat. Dengan pengalaman tersebut, beliau mengembangkan muziknya dengan asas yang kukuh untuk mencari identiti dan muzik gamelan baru. Kini, Sudirana aktif sebagai Profesor Madya dalam Muzik di Program Pengajian Pasca Siswazah ISI Denpasar, serta menjadi pengasas dan pemilik komuniti Gamelan Yuganada. 

Ida Ayu Wayan Arya Satyani (Bumi Bajra)

Ida Ayu Wayan Arya Satyani, juga mesra dikenali Dayu Ani, adalah seorang penari, koreografer dan pensyarah di Institut Indonesia bagi Seni Denpasar. Beliau telah mencipta pelbagai karya tarian termasuk filem dan penerbitan pentas, She has given birth to various dance works which includes the film and stage production Sekala Niskala (The Seen and the Unseen) arahan Kamila Andini. Dayu Ani telah berkecimpung dalam bidang seni sejak 14 tahun di Sanggar Maha Bajra Sandhi dan hingga hari ini, beliau terus bekerja keras untuk mengasuh anak-anak muda di studio yang kini dikenali sebagai Yayasan Bumi Bajra Sandhi.  

Juliet Widyasari Burnett

Instagram

Juliet Widyasari Burnett, warga Indonesia-Australia dilahirkan di Gadigal (Sydney). Beliau adalah salah seorang penari yang paling dikenali di Australia selepas berada di The Australian Ballet, di mana beliau memainkan peranan utama seperti Giselle, Odette dalam Swan Lake karya Graeme Murphy dan karya klasikal abstrak oleh  George Balanchine, Glen Tetley dan Stephen Baynes.  

 

Pada 2016, beliau berpindah ke Eropah untuk menjadi penari bersama Opera Ballet Vlaanderen di Belgium, di mana beliau menari antaranya repertori Pina Bausch, Alain Platel, William Forsythe, Akram Khan (dalam peranan tajuk bagi penerbitan kontemporari Giselle) dan Trisha Brown. 

 

Karyanya di ibu negara Indonesia termasuk mempersembahkan karya klasikal dan kontemporari. Juliet telah menjalani latihan dalam seni klasikal Jawa neneknya dan bentuk seni dan tarian tradisional Jawa lain termasuk seni pertahanan, Pencak Silat. 

 

Juliet menerokai tarian dan seni Jawa lain dalam bentuk kontemporari dan klasikal menerusi tarian, teater dan muzik. Berasal daripada warisan artistik yang kaya akibat keturunan Jawa, budaya ini adalah nada karyanya, khususnya teknik meditasi dan falsafah yang telah diturunkan kepadanya daripada pakciknya, juga seorang penyair, penulis skrip dan pakar aktivis terkenal, terkenal, W.S. Rendra.  

 

Pada 2021, Juliet dinobatkan pemenang dalam kategori Seni dan Budaya bagi 40 Orang Paling Berpengaruh bagi Anugerah Asian-Australia.  

Tarikh & Masa

10 Mei 2024, Jumaat

8pm

Dewan Konsert Esplanade
Tiket & Harga
Standard Pelajar, anggota Perkhidmatan Negara,
Warga Emas dan PWDs (Terhad)
Cat 1 $70 -
Cat 2 $50 -
Cat 3 $35 $28

Harga khas untuk ahli Esplanade&Me

Early Bird (14 – 20 Mar 2024, tiket terhad)

Kad Hitam: jimat 20%
Kad Putih: jimat 15%
Discover: jimat 15% (Min. 2 tiket)


Dari 21 Mar 2024, 10am
Kad Hitam: jimat 15%   
Kad Putih: jimat 10%
Discover: jimat 10% (Min. 2 tiket, tiket terhad)

 

Applicable to Standard Cat 1 & 2 tickets only. Terms and Conditions apply.

Not a member? Sign up for free!

Geran Seni Tote Board

Semua sekolah menengah, maktab rendah/Institut Berpusat dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh menggunakan Geran Seni Tote Board untuk mendapat subsidi sehingga 50 peratus daripada kos program.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kaunter tiket Esplanade di 6828 8389 atau emel kepada boxoffice@esplanade.com.

MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.