Cast
Sani Hussin memulakan kerjaya seninya pada tahun 1992 dengan Teater Kami melalui produksi teater belia mereka yang pertama. Sejak itu, beliau telah mengarahkan tujuh pementasan dan berlakon dalam lebih empat puluh pementasan Inggeris dan Melayu. Beliau bekerja dengan secara meluas dengan banyak kumpulan teater tempatan seperti The Necessary Stage, Teater Kami, Teater Ekamatra, Drama Box, Dramaplus, Wild Rice, dan ACT 3.
Sani juga aktif dalam produksi televisyen tempatan dan telah berlakon dalam lebih enam puluh drama televisyen dan filem. Antara penglibatan televisyen dan filem beliau termasuk siri yang memenangi anugerah iaitu Soldadu 1 & 2, Singapore Short Stories, SP4, Bukit Chandu, Singapore Shakes Series, Ajna, Roman Picisan, Sayang Semuanya, 9 Lives, Police & Thief, dan Bisikan Bayangan. Penglibatannya dalam bidang pengarahan termasuk A Midsummer Night's Dream (dalam Bahas Melayu), Festival Pintu, MAT CD, Penantian, dan Sidang Burung. Sani telah dicalonkan sebanyak 14 kali di Anugerah Pesta Perdana TV Suria, dan telah menang sebanyak dua kali. Beliau juga telah dicalonkan di Anugerah 22nd Asian Television Awards bagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan dua kali di Anugerah Life Theatre Awards untuk Kumpulan Lakonan Terbaik atau Best Acting Ensemble.
Sani merupakan penerima Biasiswa NAC Georgette Chan Scholarship & LASALLE-SIA Scholarship (1997/98) dan Anugerah NAC Overseas Theatre Bursary Award (1999/2000). Kini, Sani ialah seorang pelakon bebas, pengarah dan pendidik seni.