We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Find what you're looking for.
Dipersembahkan oleh Esplanade
7 Sep 2025, Ahad, 7.15pm & 8.30pm
(Waktu rehat: Tiada)
Teater Luar DBS Foundation di Esplanade
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Art Fazil menutupi Cipta Cita dengan persembahan lagu-lagu aslinya disertai dengan barisan artis undangan yang berbakat termasuk penyanyi-penulis lagu, T:zi, Jamiel Said, Jaffar Haron, Putri Emily dan Addy Cradle.
Mari meraikan bersama seni penulisan lagu dan suara-suara yang membentuk landskap muzik tempatan kita.
Art Fazil
Facebook | Instagram | YouTube
Penyanyi-penulis lagu veteran, Art Fazil, mula kerjayanya dengan menulis lagu dan lirik untuk artis rakaman terkenal dari Singapura dan Malaysia seperti Ella, Ramli Sarip, A Romzie, Ruhil, Khatijah Ibrahim dan Lefthanded. Art Fazil juga dikenali dengan karyanya bersama sebuah kumpulan yang menyanyikan lagu-lagu bernama Rausyanfikir, di mana sebanyak 50,000 album mereka dapat dijual pada tahun 1990-an.
Lagu Art daripada album Inggerisnya, Sometimes When I Feel Blue, melonjak di carta stesen radio Singapura, menduduki tempat kedua selama tiga minggu berturut-turut. Ia juga dianugerahkan sebagai Lagu Pop Inggeris Tempatan Terbaik 1995 di Anugerah COMPASS.
Pada 2000, Art menghasilkan album Nur. Ia menerima tujuh nominasi di Anugerah Planet Muzik 2001 anjuran Mediacorp dan memenangi empat kategori. Penuntut alumni Sekolah Muzik dan Drama Guildhall di London, beliau telah membuat persembahan di South Bank Centre di London dan bersama M. Nasir di Ambassador Theatre di Dublin, Ireland.
Jaffar Haron
Minat Jaffar dalam muzik bermula sejak usianya 11 tahun. Dipengaruhi dengan band seperti Deep Purple, Led Zeppelin serta ikon muzik wilayah seperti Black Dog Bone, Sweet Charity dan Kembara. Berkongsi minatnya di kalangan pemuzik tempatan merupakan matlamat utamanya sejak beliau menceburi bidang muzik. Beliau menghasilkan sebuah EP pada 2008.
Putri Emily
Putri Emily mula menyanyi pada usia tujuh tahun. Beliau menyertai pelbagai pertandingan nyanyian dan digelar juara di Juara Si Cilik anjuran Bulan Bahasa dan memenangi tempat kedua dalam rancangan pertandingan realiti televisyen, Juara Mic Junior. Selain muzik, beliau juga telah tampil dalam sebuah drama 13 episod di saluran Suria.
Selama bertahun-tahun, beliau telah menghasilkan empat single dan kini mempelajari jurusan penerbitan muzik di Politeknik Singapura.
T:zi
T:zi, juga dikenali sebagai Ahmad Tarmizi, adalah seorang seniman dan penyanyi-penulis lagu dari Singapura. Beliau terkenal dengan karya aneka disiplin yang merangkumi lukisan, ukiran dan muzik.
Seni T:zi menerokai tema kerohanian, hubungan manusia bersama alam semesta dan introspeksi.
Jamiel Said
Jamiel Said merupakan seorang penulis-penyanyi lirik berbakat besar dengan lagunya selalu berada di kedudukan tertinggi di carta. Lagunya, Nafasku, adalah sebahagian daripada trak lagu Manisnya Cinta Di Cappadocia yang dibintangi Fazura dan Shaheizy Sam, dan Cincin Di Jari, bagi trak lagu asli teledrama popular, Kekasih Paksa Rela, yang memaparkan Remy Ishak.
Sebagai seseorang yang fasih dalam pelbagai bahasa, Jamiel pernah memenangi pertandingan penulisan lagu dwi bahasa Melayu/Cina, Kumahu, Zaihu. Pertandingan itu dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Cina Singapura dan dipaparkan di MediaCorp dan The Straits Times.
Single terbaru keluarannya, Engkaulah Wanitaku, kini dimainkan di stesen radio dan dalam sebuah teledrama di Malaysia.
7 Sep 2025, Ahad
7.15pm
8.30pm