“Randai MacBeth membuktikan bahawa tradisi, apabila dihormati dan dibayangkan semula, mempunyai kuasa untuk bertahan.” – Eksentrika
Persembahan karya Shakespeare ini unik dan berlainan. Dibayangkan semula menerusi tradisi Minangkabau dan identiti kebudayaan Melayu, Randai Macbeth merupakan adaptasi klasik Shakespeare yang menarik hasil salah seorang pengarah dan penulis drama Malaysia yang paling inventif, Dr. Norzizi Zulkifli.
Mengekalkan teks asal, Randai Macbeth mengikuti kisah seorang wira bernama Macbeth yang menerima ramalan daripada tiga orang ahli sihir tentang nasibnya untuk menjadi Raja. Apabila isterinya mengetahui perkara ini, dia merancang membunuh Raja yang sedia ada supaya dirinya dan suaminya boleh naik kuasa —mengakibatkan malang yang lebih teruk apabila pembunuhan tragik ini menghantui hidup mereka berdua.
Penerbitan ini hasil dari Pusat Seni Persembahan Tradisional ASWARA (PuTRA) dari Malaysia yang membayangkan semula tragedi Macbeth menerusi randai, sejenis teater Malaysia. Berasal dari Minangkabau di Sumatra Barat, Indonesia, masyarakat diaspora di Malaysia aktif mempersembahkan randai. Teater tradisional ini menggabungkan muzik, nyanyian, tarian, drama dan seni pertahanan diri, silat.
Pada 2025, penerbitan ini memenangi lapan anugerah di Anugerah Seni BOH Cameronian yang ke-20, anugerah persembahan seni terunggul Malaysia. Randai Macbeth telah memenangi kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Terbaik, Pelakon Sokongan terbaik, Pengarah Muzik Terbaik. Pasukan Terbaik dan, Kostum, Dandanan dan Penggayaan Terbaik, dan ia juga dinobatkan pemenang bagi kategori Penerbitan Terbaik 2024.
Memaparkan persamaan antara kiasan watak dan nuansa kebudayaan yang boleh didapati dalam kebudayaan Barat dan Melayu, penerbitan berani dan inventif ini menunjukkan kuasa teater tradisional untuk bertahan dan potensinya untuk kekal relevan di waktu kontemporari kini.