Menggunakan penceritaan tanpa lisan, muzik asli, teater topeng dan teknik yang diilhamkan daripada persembahan wayang kulit Jepun, bunraku dan kuruma ningyo, Papermoon Puppet Theatre menyampaikan kisah seorang bapa tunggal, Puno dan anak perempuannya, Tala, dalam penerokaan tentang kehidupan, kematian dan legasi.
Syarikat teater bertauliah antarabangsa, Papermoon Puppet Theatre, mengundang anda untuk menerokai kisah-kisah yang dijalin dalam fabrik kehidupan kita dalam PUNO: Sewing Memories, yang membentangkan isu-isu mengenai kehidupan, kematian dan kenangan-kenangan yang membentuk kita.
Kisah ini memaparkan Puno, seorang bapa tunggal dan penjahit, yang cuba menjalin kenangan bersama anak perempuannya, Tala. Beliau cuba memenuhi keperluan anak perempuannya, membina daya konfiden dan keupayaannya supaya Tala, pada suatu hari boleh meneruskan perjalanannya sendiri.
PUNO: Sewing Memories merangkumi semua ciri-ciri penerbitan Papermoon, yang disukai penonton seluruh dunia. Pementasan tanpa lisan ini menggunakan bahasa universal wayang kulit dan pergerakan untuk menyampaikan sebuah cerita, membangkitkan emosi menerusi rekaan visual menakjubkan dan skor muzik asli. Pelbagai teknik wayang kulit diterapkan dalam persembahan—teater topeng dan pergerakan yang diilhamkan daripada persembahan wayang kulit Jepun, bunraku dan kuruma ningyo—setiap satu dipilih dengan teliti untuk memajukan cerita.
Menghubungkan pelbagai elemen individual untuk menyampaikan persembahan hebat, Papermoon mengajak kita untuk mempertimbangkan aneka cara, di mana sesuatu kehilangan membentuk kita, dan untuk mengiktiraf kepentingan kehidupan orang tersayang kita melampaui saat pemergian mereka.
Kredit Penerbitan
Ciptaan dan Terbitan Papermoon Puppet Theatre
Pengarah Artistik: Maria Tri Sulistyani and Iwan Effendi
Pengarah dan Penulis Drama: Maria Tri Sulistyani
Pengarah Muzik: Iwan Effendi
Jurutera Set & Teknikal: Anton Fajri
Pembina Boneka: Anton Fajri, Beni Sanjaya, Pambo Priyojati, Hardiansyah Yoga, Iwan Effendi, Maria Tri Sulistyani
Dalang: Pambo Priyojati, Beni Sanjaya, Hardiansyah Yoga, Anton Fajri
Pencipta Kostum: Retno Intiani
Penggubah Muzik: Yennu Ariendra
Pengendali Muzik: Febrinawan Prestianto
Video dan Fotografi: Rangga Yudhistira
Pengarah Pencahayaan dan Teknikal: Andreas Praditya