Minat Nadya terhadap cerita-cerita berputik sebelum beliau membuat persembahan. Sejak kanak-kanak lagi, beliau suka mendengar kepada aneka cerita, yang dekat atau jauh, padat dengan keajaiban dan kebijaksanaan. Saat-saat awal tu memutik minat sepanjang hayat yang beliau hidupkan menerusi personanya, The Storytelling Fairy.
Mempunyai pengalaman melebihi lapan tahun untuk menarik penonton muda dan keluarga, Nadya menerapkan cerita-cerita yang menarik, menyentuh hati dan penuh imaginasi. Beraksi dalam bahasa Melayu dan Inggeris, beliau adalah seorang pencerita dwibahasa yang terkenal dengan gaya interaktif, mengadunkan lagu-lagu, jingle dan puisi untuk mencipta pengalaman yang melibatkan untuk penontonnya.
The Storytelling Fairy baru-baru ini tampil dalam sebuah program hiburan pendidikan Melayu, Kelab JMJ. Beliau telah membuat persembahan dalam bahasa ibunda dan kempen-kempen kebudayaan serta festival penceritaan. The Storytelling Fairy telah membuat persembahan di The Arts House, Esplanade (PIP’s PLAYbox), pelbagai muzium dan Perpustakaan Negara. Melampaui penceritaan, Nadya juga seorang pelakon teater yang menerokai seni tradisional seperti bangsawan, membawa seni warisan kepada penonton kontemporari.