Diilhamkan daripada filem terpuji 2023 arahan M.Raihan Halim (Clover Films dan Papahan Films), La Luna memaparkan kekecohan sebuah kampung kecil selepas sebuah kedai pakaian dalam moden ditubuhkan oleh seorang pendatang baru yang tidak disenangi, Hanie. Kehadirannya mengganggu norma sosial dan membangkitkan keinginan yang selama ini terpendam dan tidak terungkap.
Apabila hubungan senajub terjalin erat dan ketegangan membara di sebalik persekitaran kampung yang dijaga rapi, masyarakat kampung dipaksa berdepan dengan kemunafikan dan percanggahan antara tradisi dan perubahan, kepatuhan dan keinginan, kepercayaan dan kebebasan peribadi.
Ditayangkan pada 2023, filem La Luna merupakan wakil Singapura ke Anugerah Akademi yang ke-97 pada 2025, bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik. Ia telah ditayangkan di pelbagai festival filem termasuk Festival Filem Antarabangsa Tokyo, Festival Filem Asian Jogja-Netpac, Festival Filem Antarabangsa Rotterdam, dan Festival Filem Antarabangsa Shanghai. Adaptasi pementasan buat julung-julung kalinya ini akan dibintangi barisan pelakon terunggul termasuk Munah Bagharib, Fir Rahman, Farhana M Noor, Sani Hussin, Fauzie Laily, Siti Khalijah Zainal, Rizman Putra, Haziqah Hashir, dan Ali Mazrin.
Bersama pasukan kreatif yang hebat yang terdiri daripada penulis drama, Ridhwan Saidi, pengarah dan pereka penerbitan Mohd Fared Jainal, pereka cahaya Adrian Tan dan pereka bunyi Safuan Johari, La Luna merakamkan semangat filem itu dan menjanjikan komedi yang tajam dan menyentuh hati, serta provokatif dan menghiburkan.
Diilhamkan daripada filem, La Luna, arahan M.Raihan Halim dengan kredit kepada Clover Films dan Papahan Films.
Kredit Penerbitan
Pelakon: Munah Bagharib, Fir Rahman, Rizman Putra, Siti Khalijah Zainal, Farhana M Noor, Haziqah Hashir, Ali Mazrin, Sani Hussin, dan Fauzie Laily
Penulis drama: Ridhwan Saidi
Pengarah dan Pereka Penerbitan: Mohd Fared Jainal
Pereka Pencahayaan: Adrian Tan
Pereka Bunyi: Safuan Johari
Penolong Pengarah: Irsyad Dawood
Jurulatih Vokal: Babes Conde