Seniman lagenda dari Malaysia, Dato’ Zainalabidin kembali ke Singapura buat julung-julung kalinya sejak 2019 untuk meraikan perjalannya melebihi lima dekad dalam industri muzik Singapura.
Menceburi arena muzik Malaysia pada 1977 sebagai vokalis utama dalam kugiran rok Headwind, Zainal mengembangkan identitinya sebagai seniman solo apabila beliau mengeluarkan album debut solonya bertajuk diri sendiri pada 1991. Album tersebut, Zainal Abidin, juga memaparkan lagu single hit, Hijau, yang sudah menjadi lagu paling ikoniknya. Lebih dikenali menerusi lirik yang memperjuangkan isu-isu sosial, dengan irama yang tersendiri yang menggabungkan muzik tradisional Malaysia dan gaya kontemporari, serta diinspirasikan oleh muzik Afro-Asia dan budaya World Music.
Bagi memperingati perjalannya melebihi lima dekad dalam industri muzik dan sebagai satu penghormatan kepada para peminat setianya di Singapura, Zainal kembali dengan konsert istimewa, di mana beliau mengarah muziknya sendiri. Konsert selama 90 minit ini juga memaparkan kugiran besar, dipimpin oleh penerbit dan pemain piano tersohor, Michael Veerapen. Repertoir ini mencerminkan muzik yang telah membentuk kerjaya Zainal, daripada inspirasi muziknya seperti Sting dan Stevie Wonder kepada lagu-lagu asli seperti Hijau. Puteri, Kau Di Hatiku, Debu Liar dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mendengar suara unik dalam arena muzik rantau ini secara langsung di konsert ini!
Connect with Dato‘ Zainalabidin
Instagram