Mari terpegun dengan suara merdu penyanyi sensasi R&B Indonesia, Adrian Khalif, yang bakal tampil buat julung-julung kalinya di Esplanade di Pesta Raya 2026!
Dilahirkan dan kini berpangkalan di Jakarta, Indonesia, sifat kosmopolitannya berputik daripada pengalamannya membesar di Indonesia dan luar negara, di mana beliau membesar di kota-kota seperti Geneva, Canberra, New York dan London. Selepas berkelulusan Universiti Indonesia pada 2016, Adrian menandatangani sebuah kontrak rakaman bersama E-motion Entertainment pada 2017, mengeluarkan single pertamanya, Made in Jakarta. Populariti Adrian melonjak dengan keluaran lagu-lagu, Sialan— satu kolaborasi bersama teman label, kugiran Juicy Luicy — dan keluaran lagu solonya, Menawan. Dengan jutaan strim, tontonan dan pengikut, dalam tempoh tiga tahun, Adrian menjadi salah seorang penyanyi yang harus ditontoni dalam lanskap muzik kontemporari Indonesia.
Dikenali dengan vokal merdu, lirik penuh emosi dan gabungan R&B, hip hop dan pop, penyanyi R&B menjanjikan sebuah persembahan renungan diri tentang cinta, identiti, memaparkan lagu-lagu popular dan kegemaran peminat berserta lagu-lagu lainnya. Jangan terlepas untuk menonton persembahan ini!
Connect with Adrian Khalif
Instagram | YouTube | TikTok | SoundCloud