Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik

Hidup Ini: Menelusuri Perjalanan Lagu bersama Sahabat

Rahimah Rahim (Singapura)

20 Ogo 2026, Khamis, 8pm

1jam 30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Studio Recital Esplanade

Tiket dari $36
Lihat diskaun dan pakej

 

Tiket dijual pada 15 Jun 2026, Isn, 10 pagi

not cache
Tentang Acara

Hidup Ini: Menelusuri Perjalanan Lagu bersama Sahabat menyampaikan konsert intim yang meraikan ulang tahun Rahimah Rahim yang ke-70 tahun serta tempoh enam dekadnya sebagai salah satu suara malar segar Singapura, yang telah menjadi sebahagian daripada lanskap kebudayaan dan industri hiburan negara.

 

Daripada hari-hari awalnya sebagai penghibur kanak-kanak hingga kedudukannya di kalangan penghibur yang amat dihargai negara, konsert ini menelusuri perjalanan seni luar biasanya menerusi lagu-lagu yang membentuk perjalanan ini—daripada lagu-lagu kegemaran malar segar seperti Gadis dan Bunga hingga lagu baru seperti Hidup Ini.

 

Menyertai Rahimah di atas pentas adalah rakan kolaborasi lama dan teman-teman tersayangnya yang telah berkongsi perjalanan seni bersamanya, yang bakal membuat konsert malam itu mesra dan penuh dengan muzik, kenangan dan persahabatan.

Accessibility

Assistive Listening

Umur Kemasukan:
6 tahun ke atas.
Bahasa: Melayu, Inggeris
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tiket: Harga tidak termasuk bayaran tempahan ejen. Masukan ke tempat-tempat persembahan dibolehkan kepada penonton yang mempunyai tiket yang dibeli melalui ejen tikey yang sah sahaja. Baca tentang tiket atau periksa soal jawab (FAQ) kami.

Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.

Sila kekal berwaspada dengan ancaman penipuan pancingan data yang kian meningkat. Gunakan saluran tiket rasmi seperti Esplanade.com atau Sistic.com.sg dan periksa bahawa anda melayari laman web yang sah sebelum  anda log masuk untuk menempah tiket.
Tentang Artis

Rahimah Rahim

Instagram | Facebook

Rahimah Rahim adalah salah seorang penyanyi bahasa Melayu Singapura yang paling berpengaruh dan malar segar dengan kerjaya melebihi enam dekad merentasi muzik, televisyen, filem dan pentas. Dilahirkan pada 1955 dalam keluarga penghibur, beliau mula membuat persembahan sejak usia enam tahun dan menempa nama di rantauan selepas memenangi pertandingan adu bakat berprestij, Kimi Koso Talentime di Tokyo pada 1974, melancarkan kerjaya antarabangsanya.

 

Sepanjang 1970-an dan 1980-an, beliau menjadi nama yang tidak asing lagi menerusi lagu-lagu ikonik termasuk Doa, Gadis Dan Bunga, dan Bebas.

 

Sumbangan beliau kepada bidang seni telah mendapat pengiktirafan tertinggi — beliau menerima Pingat Budaya pada 2021, anugerah kesenian tertinggi Singapura, dan juga telah tersenarai dalam Singapore Women's Hall of Fame atau Dewan Kemasyhuran Wanita Singapura pada 2017.

 

Kini, pada usia 70 tahun, Rahimah terus aktik dan relevan secara artistik. Pada 2026, beliau mengeluarkan dua single baru, Hidup Ini dan Si Manis 17, sebagai sebahagian daripada Projek Legasi Pingat Budaya. Hidup Ini mencerminkan perjalanan hidupnya dan nilai pengalaman hidup, manakala Si Manis 17 adalah interpretasi lagu klasik era 1960an tahun yang diolah semula bagi memberi penghormatan kepada pengaruh muzik awalnya. Melampaui persembahan, legasinya telah dipulihara melalui inisiatif arkib dan warisan negara, termasuk pameran oleh Taman Warisan Melayu yang mengiktiraf sumbangannya kepada identiti kebudayaan Melayu Singapura.

 

Daripada seorang penghibur kanak-kanak kepada ikon kebudayaan negara, perjalanan Rahimah Rahim mencerminkan evolusi muzik dan identiti Singapura. Suara, kesenian dan legasinya terus menjadi inspirasi, merapatkan jurang generasi dan meninggalkan kesan yang berkekalan dalam warisan kebudayaan rantauan.

Sistem Bantu Dengar

Sistem bantu dengar sedia ada di sini. Pengguna alat bantu pendengaran yang mempunyai program Telecoil dapat bermanfaat daripada sistem ini. Sıla tiba 30 minit lebih awal sebelum persembahan bermula supaya kami dapat membantu menyediakan sistem ini.

Tarikh & Masa

Assistive Listening

20 Ogo 2026, Khamis

8pm

Studio Resital Esplanade
Tiket & Harga
Standard Pelajar, anggota Perkhidmatan Negara
dan PWDs (Terhad)
Harga $40 $36

  • Tiket Standard

  • Tiket Konsesi

Harga khas untuk ahli Esplanade&Me

Tiket terhad
Kad hitam: jimat 15%
Kad putih: jimat 10%
Discover: jimat 10% (minimum 2 tiket)

 

Applicable to Standard tickets only. Terms and Conditions apply.

Not a member? Sign up for free!

Harga khas untuk JOYears Special

Tiket terhad

Kategori 1: $32

Pakej 4 tiket atau lebih: jimat 15%

Tiket terhad

Nikmati penjimatan dengan pembelian 4 atau lebih tiket bagi persembahan sama atau merentasi persembahan tersebut:

 

Sah untuk tiket Standard Kategori 1.

Ahli PAssion: jimat 10%

Mininum 4 tiket, tiket terhad
 

Sah untuk tiket Standard Kategori 1.

Pas Budaya SG

Acara ini kayak untuk kredit Pas Budaya SG, mulai 17 Jun 2026.

 

Pilih ‘Pas Budaya SG’ sebagai pilihan bayaran anda di laman ‘Shopping Cart’ page. Layari laman Pas Budaya SG untuk maklumat lanjut.

MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.