Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
3 Mei 2025, Sabtu, 11.45am, 1.15pm, 3.30pm & more
4 Mei 2025, Ahad, 11.45am, 1.15pm & 3.30pm
Sila periksa tarikh dan masa untuk butiran lanjut(Waktu rehat: Tiada)
Ruang Ria PIP
This event has been cancelled.
This event has been cancelled.
Disebabkan Hafiz Rashid kurang sihat, sesi penceritaan pada 1 & 2 May telah dibatalkan. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul.
Sesi penceritaan pada 3 & 4 Mei akan dikendalikan oleh The Storytelling Fairy.
Terokai tradisi penceritaan Pulau Jawa dengan pencerita dari Taman Warisan Melayu, Hafiz Rashid. Selami kisah Puteri Candra Kirana yang berubah menjadi seekor keong emas (siput emas) oleh adik kandungnya yang cemburu. Mujurlah, Putera Raja Raden Inu Kertapati menyelamatkannya. Ketahui jika Putera Raja berupaya patahkan sumpah! Semasa sesi ini, anda juga akan mendapat peluang untuk membuat watak wayang kulit tersendiri!
Sila daftar di pintu masuk ke PIP's PLAYbox. Setiap manusia, besar atau kecil, perlu didaftarkan, termasuk bayi-bayi yang digendongkan.
Pendaftaran terbuka kepada semua ahli Esplanade&Me. Jika anda belum menjadi ahli, sila daftar untuk keahlian Esplanade&Me Discover percuma anda sebelum lawatan anda.
Penyertaan hanya untuk kanak-kanak yang ditemani oleh orang dewasa.
Walaupun memakai sarung muka tidak wajib, pengunjung digalakkan untuk terus melaksanakan tanggungjawab dan berhati-hati.
Taman Warisan Melayu
Facebook | Instagram | Website
Dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jun 2005, Taman Warisan Melayu (MHC) menawarkan pendedahan kebudayaan dan peluang pembelajaran untuk pelawat dari semua peringkat umur dan minat. Terletak di kawasan Istana Kampong Gelam, Gedung Kuning dan sekitaran presint Kampong Gelam, MHC menjadi institusi warisan penting untuk masyarakat Melayu di Singapura. Menerusi pameran, program dan kegiatan, MHC berharap dapat memberi penghormatan pada masa lalu sambil menawarkan ruang untuk melahirkan ekspresi masa kini.
Walaupun ia sedang menjalani renovasi, MHC terus mengadakan pelbagai program dan pameran kembaran kepada tempat-tempat rakan kongsi di sekitar Singapura.
Hafiz Rashid
Hafiz Rashid adalah seorang pensyarah muzium, pencerita dan penyokong warisan yang mempunyai minat mendalam untuk sejarah, budaya, cerita rakyat dan bahasa-bahasa Arkipelago Melayu (Nusantara) dengan fokus khusus dalam tekstil. Seorang sukarelawan berdedikasi di Taman Warisan Melayu (MHC) sejak 2013, beliau telah menganjurkan lawatan menarik untuk pelbagai penonton, meraih kepujian atas keupayaannya untuk menghidpkan sejarah menerusi penceritaan. Hafiz telah menyampaikan cerita di acara-acara penting seperti Storyfest di The Arts House dan Festival Warisan Singapura, dan sering berkongsi kisah-kisah dari Nusantara di muzium dan perpustakaan. Diiktiraf atas sumbangannya kepada sektor kesenian dan warisan Melayu, beliau merupakan antara penerima pertama anugerah Teman Warisan, yang disampaikan oleh Presiden Halimah Yacob. Keghairahan beliau menjangkau bahasa sub-etnik dan beliau merupakan pengumpul tekun tekstil Melayu, secara aktif mendalami pengetahuannya melalui bengkel dan penglibatan pakar.
3 Mei 2025, Sabtu
11.45am
1.15pm
3.30pm
4.30pm
4 Mei 2025, Ahad
11.45am
1.15pm
3.30pm