Taman Warisan Melayu
Facebook
|
Instagram
|
Website
Dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jun 2005, Taman Warisan Melayu (MHC) menawarkan pendedahan kebudayaan dan peluang pembelajaran untuk pelawat dari semua peringkat umur dan minat. Terletak di kawasan Istana Kampong Gelam, Gedung Kuning dan sekitaran presint Kampong Gelam, MHC menjadi institusi warisan penting untuk masyarakat Melayu di Singapura. Menerusi pameran, program dan kegiatan, MHC berharap dapat memberi penghormatan pada masa lalu sambil menawarkan ruang untuk melahirkan ekspresi masa kini.
Walaupun ia sedang menjalani renovasi, MHC terus mengadakan pelbagai program dan pameran kembaran kepada tempat-tempat rakan kongsi di sekitar Singapura.