Pada 1950-an di Kampung Kambing, Salina berjuang untuk bertahan dalam keadaan realiti pahit selepas perang di Singapura — terjerat dalam hubungan toksik, dan dipaksa oleh keadaan untuk bekerja sebagai seorang pelayan. Di sekelilingnya, masyarakat pendatang Melayu dan Indonesia, yang dahulunya penuh dengan harapan, kini putus harapan dengan sebuah negara yang masih bergelora akibat Perang Dunia Kedua.
Diadaptasikan daripada novel seminal oleh Sasterawan Negara Malaysia, A. Samad Said, SALINA adalah sebuah kisah yang mencengkam tentang daya tahan dan kelangsungan hidup, berlatar belakangkan sebuah masyarakat yang sedang membina semula. Diilhamkan daripada pengalamannya sendiri semasa kanak-kanak di bawah penjajahan Jepun, A. Samad Said menerapkan karyanya dengan realisme yang menusuk, memberi suara kepada pergelutan sebuah generasi menerusi watak-watak menarik dan dialog tajam dan menggugah.
Dipersembahkan di pentas oleh TEATER KAMi, penerbitan ini ditulis untuk pementasan dan diarah oleh penerima Pingat Budaya, Atin Amat. Pertama kali dipentaskan pada 1993 dan diulangi pementasan sebanyak dua kali, SALINA kembali dengan barisan pelakon mapan yang menampilkan Ariati Tyeb Papar, Fir Rahman, Rizal Aiman, Amirah Yahya, Suhaila M Sanif, Rusydina Afiqah, dan Rafaat Hj. Hamzah.