Dipersembahkan oleh Esplanade

Teater

My Name Is (NOT) Khan

Ditulis oleh Hafidz Rahman
Diarah oleh Rizman Putra

1jam 15minit

(Waktu rehat: Tiada)

Studio Resital Esplanade

Acara ini telah berlalu

not cache
Tentang Acara

Harith sangat berpengetahuan tentang Bollywood. Beliau boleh membezakan pelakon Amrita Rao daripada Amrita Arora dan Rimi Sen daripada Sushmita Sen. Beliau mengenali Duggu, Lolo, dan Bebo seperti mereka kawan lamanya. Beliau menghafal emosi Navarasas, mengetahui setiap rentak koreografi Ankhein Khuli, dan setiap lirik lagu Bholi Si Surat. Cuma beliau bukan bangsa India.

 

Menerusi pengalaman hidup sebenarnya, Hafidz Rahman mencipta dan menyampaikan satu monolog menarik tentang ketaksubannya dengan sinema India, mengemudi dinamik perkauman di Singapura dan akhirnya, meraikan identiti sawo matang dalam sifat yang pelbagai. Nantikan lawak jenaka, saat menyentuh hati dan pelbagai rujukan filem dalam persembahan monolog interaktif ini, di mana persembahan Hafidz akan disokong dengan bunyian, set dan rekaan visual berwarna-warni.

 

Samosa dijual berasingan.

 

Kredit Penerbitan
Penulis: Hafidz Rahman
Pengarah: Rizman Putra
Koreografer: Zairin Abdul Latiff
Pereka Set: Russell Goh
Pereka Pencahayaan: Alberta Wileo
Pereka Bunyi Dan Pencahayaan Multimedia: Zaki Zainudin
Pengurus Pentas: Giovanni Harris
Penolong Pengurus Pentas: Efhirddauus Khhaan
Tata Rias: Hambali (Am)

Accessibility

Assistive Listening

Nasihat:
Mengandungi kandungan matang dan penggunaan bahasa kasar
Umur Kemasukan:
16 tahun ke atas.
Bahasa: Inggeris dengan Bahasa Melayu, Hindi & Tamil
Sarikata: Inggeris
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tiket: Harga tidak termasuk bayaran tempahan ejen. Masukan ke tempat-tempat persembahan dibolehkan kepada penonton yang mempunyai tiket yang dibeli melalui ejen tikey yang sah sahaja. Baca tentang tiket atau periksa soal jawab (FAQ) kami.

Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.

Sila kekal berwaspada dengan ancaman penipuan pancingan data yang kian meningkat. Gunakan saluran tiket rasmi seperti Esplanade.com atau Sistic.com.sg dan periksa bahawa anda melayari laman web yang sah sebelum  anda log masuk untuk menempah tiket.
Tentang Artis

Hafidz Rahman

Instagram

Hafidz Rahman adalah seorang penghibur berbakat, pencipta kandungan dan pendidik seni dengan bakat untuk komedi dan penceritaan. Kelulusan mahasiswa Maktab Seni LASALLE, beliau telah bekerjasama bersama syarikat-syarikat teater terkenal seperti Teater Ekamatra, Checkpoint Theatre, dan Dream Academy, meraih pencalonan Pelakon Terbaik bagi Make Hantus Great Again. Menerusi rancangan televisyen, beliau telah muncul dalam Le Prawn Park, Dara Zara, dan The Bellatrix Rise, dan mengacara sama Berani Nyanyi? bersama lagenda industri. Pada waktu malam, beliau bertugas sebagai seorang deejay di stesen radio RIA 897, mengacara sama Malam Ini Kita Punya. Di dalam talian, Hafidz terkenal dengan pesona mak cik Melayu, “Bonda Bedah,” di Lepak One Korner, di mana beliau menggabungkan lawak bersama komentari sosial.

 

Tidak kira di atas pentas, menerusi rancangan televisyen, di corong radio atau media sosial, Hafidz selalu bermatlamat untuk menghibur dan melibatkan penonton dengan kebijaksanaan, versatiliti dan tarikannya.

Sistem Bantu Dengar

Sistem bantu dengar sedia ada di sini. Pengguna alat bantu pendengaran yang mempunyai program Telecoil dapat bermanfaat daripada sistem ini. Sıla tiba 30 minit lebih awal sebelum persembahan bermula supaya kami dapat membantu menyediakan sistem ini.

Tarikh & Masa

Assistive Listening

1 Mei 2025, Khamis

8pm

Studio Resital Esplanade

2 Mei 2025, Jumaat

8pm

Studio Resital Esplanade

3 Mei 2025, Sabtu

3pm

Studio Resital Esplanade

8pm

Studio Resital Esplanade

4 Mei 2025, Ahad

3pm

Studio Resital Esplanade
Tiket & Harga
Standard Pelajar, anggota Perkhidmatan Negara,
Warga Emas dan PWDs (Terhad)
Harga $40 $32

Harga khas untuk ahli Esplanade&Me

Early Bird (18 – 24 Mar 2025, tiket terhad)
Kad Hitam: jimat 20%
Kad Putih: jimat 15%
Discover: jimat 15% (Min. 2 tiket)


From 25 Mar 2025, 10am
Kad Hitam: jimat 15%
Kad Putih: jimat 10%
Discover: jimat 10% (Min. 2 tiket, tiket terhad)

 

Applicable to Standard tickets only. Terms and Conditions apply.

Not a member? Sign up for free!

Geran Seni Tote Board

Semua maktab rendah/Institut Berpusat dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh menggunakan Geran Seni Tote Board untuk mendapat subsidi sehingga 50 peratus daripada kos program.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kaunter tiket Esplanade di 6828 8389 atau emel kepada boxoffice@esplanade.com.

MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.