Apa yang berlaku di Geylang…kekal di Geylang? Oh tidak.
G-Town, satu kolektif artis dari kawasan kejiranan dinamik Geylang mengundang anda untuk bersantai bersama mereka sambil mereka menyampaikan kreativiti mereka di Pesta Raya.
Acara malam itu memaparkan barisan pelbagai artis seperti Akid Amir, Aisyah Aziz, Bobby Joe, Sappy Chill (memaparkan, lloshix, Tengy dan Fauxe), dan Reptile Skin Business Club (memaparkan. Abangsapau, Fariz Jabba, Mars B dan Mediocre Haircut Crew), semua mempersembahlan trak asli mereka. Muzik mereka akan diiringi band G-Town Satellite Funk dengan irama rancak yang akan dimainkan oleh DJ HZQ untuk memulakan pesta itu.
Selain muzik, mari melihat pameran grafiti berwarna-warni hasil rekaan Boonbake dan Alot1 dan nikmati haruman aromatik daripada Mood Scents oleh House of Gonjol dalam Studio Annex Esplanade.
Nikmati satu pengalaman unik, di mana G-Town Open House: Klub Goyong Edition menyatukan muzik, seni dan semangat gotong royong dalam satu persembahan yang memaparkan kreativiti, kebanggaan kebudayaan dan semangat kampung.