Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik

Hidup Pop Yeh Yeh!

Dato’ Jeffrydin, Dato’ L. Ramli, S. Mariam & Masdo (Malaysia)

12 Mei 2024, Ahad, 8pm

1jam 30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Dewan Konsert Esplanade

Acara ini telah berlalu

Tentang Acara

Hidup pop yeh yeh! Dalam persembahan rancak ini, seniman perintis, Dato’ Jeffrydin, Dato’ L. Ramli dan S. Mariam berganding bahu dengan band pengaruh pop ‘60-an, Masdo, untuk meraikan legasi genre muzik yang disayangi ini. 

 

Berputik dari tahun 1960-an dan 1970-an, pop yeh yeh menggabungkan bunyian psikedelik, pop dan rok ‘n’ roll dengan melodi dan lirik Melayu, menghasilkan satu genre unik yang telah menarik ramai peminat di merata Singapura, Malaysia dan Indonesia. Seniman pop yeh yeh mencipta irama unik baru yang  menggabungkan muzik popular daripada budaya Melayu dan Barat, diilhamkan daripada seniman seperti The Beatles dan Cliff Richard. 

 

Bersama hos, Hafeez Glamour, konsert ini memaparkan seniman-seniman paling terkenal dalam era pop yeh yeh: Dato’ Jeffrydin, Dato’ L. Ramli dan S. Mariam. Sudah mula melakukan persembahan sejak remaja, Dato’ Jeffrydin menempa nama apabila beliau mengeluarkan lagu, Kenanganku, yang telah meraih penjualan sebanyak melebihi 150,000 unit sejurus ia dilancarkan. Beliau kemudian membina namanya sebagai salah seorang daripada seniman prolifik bagi genre itu dengan pelbagai lagu hit termasuk Mas Mona, Pujaan Hatiku, Seruling Anak Gembala. Begitu juga dengan Dato’ Ramli yang menempa nama buat julung-julung kali semasa usianya hanya 20 tahun dengan lagu hit, Dara Pujaan, yang menduduki carta muzik Malaysia selama 14 minggu berturut-turut.  Sepanjang kerjayanya, beliau telah menghasilkan lagu-lagu pop yeh yeh terkenal seperti Siapa Bilang Aku Tak Sayang dan Ayahku Kawin Lagi. S. Mariam telah merakam dan menerbitkan EP pertamanya pada usia 16 tahun bersama kugiran The Rythmn Boys. Beliau menyanyi dalam bahasa Inggeris dan Melayu dan melahirkan lagu hit seperti Hasrat Hati. Turut membuat persembahan bersama dua seniman lagenda ini adalah Kugiran Masdo, sebuah band yang telah membantu menghidupkan semula populariti muzik ‘60-an tahun di kalangan pendengar generasi baru. Band tersebut mempunyai peminat luas di negeri Melayu serantau, dan pernah mementaskan konsert di Dewan Konsert Esplanade bagi Pesta Raya 2022, di mana tiket habis dijual dalam beberapa jam sahaja.   

 

Menyatukan seniman dari generasi dahulu dan sekarang, persembahan ini bukan sahaja satu konsert - tetapi ia satu penghargaan kepada dan satu sambutan terhadap seniman yang dihormati yang telah mencipta genre ini. Ayuh, dengar cerita-cerita dan lagu-lagu mereka dan ketahui legasi pop yeh yeh

Umur Kemasukan:
6 tahun ke atas.
Bahasa: Melayu
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tiket: Harga tidak termasuk bayaran tempahan ejen. Masukan ke tempat-tempat persembahan dibolehkan kepada penonton yang mempunyai tiket yang dibeli melalui ejen tikey yang sah sahaja. Baca tentang tiket atau periksa soal jawab (FAQ) kami.

Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.

Sila kekal berwaspada dengan ancaman penipuan pancingan data yang kian meningkat. Gunakan saluran tiket rasmi seperti Esplanade.com atau Sistic.com.sg dan periksa bahawa anda melayari laman web yang sah sebelum  anda log masuk untuk menempah tiket.
Tentang Artis

Dato Jeffrydin

Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman, lebih dikenali sebagai Dato Jeffrydin, menjejaki industri muzik pada awal ‘60-an selepas sebuah pertandingan nyanyian. Beliau kemudian menyanyi bersama Rhythm Boys dan kemudian merakamkan album bersama The Siglap Five sebelum menjadi penyanyi solo. Barisan lagu hit beliau termasuk Kenanganku, Mas Mona, Seruling Anak Gembala dan banyak lagi. Beliau telah merakamkan sekarang-kurangnya satu lagu atau sebuah album pada setiap dekar sejak tahun 1960-an hingga 2010. Jeffrydin kian popular dan sering diserbu peminat, di mana bajunya pasti koyak atau butangnya tertanggal, tatkala mania pop yeh yeh berada di kemuncak. 

Dato L. Ramli

Dato L. Ramli merakamkan lagu hitnya, Dara Pujaan pada usia 20 tahun pada 1962 bersama Orkes Teruna Ria. Lagu hit itu kekal menduduki carta Malaysia selama 14 minggu berturut-turut. Lagu-lagunya yang lain, Siapa Bilang Aku Tak Sayang dan Ayahku Kawin Lagi masih menjadi lagu kegemaran peminatnya hingga hari ini. Seniman kelahiran Penang ini yang sudah mencecah usia 80-an tahun, masih aktif membuat persembahan. 

S. Mariam

S. Mariam, penyanyi pujaan kelahiran Johor Bahru, sering mengambil bahagian dalam ujibakat Talentime semasa beliau membesar. Pada usia 15 tahun, dia berpeluang untuk menjadi seorang penari kugiran The Rythmn Boys. Tidak lama kemudian, dia mendapat tawaran untuk merakam EP berbahasa Inggeris pertama bersama mereka. Setelah itu, beliau terus merakam berbagai lagu, termasuk lagu hit Hasrat Hati dan Bertemasya. Pada tahun 1969, S. Mariam muncul sebagai artis solo yang aktif membuat persembahan sehingga hari ini. 

Masdo

Instagram

Masdo terdiri daripada penyanyi vokal dan pemain gitar, Ali Sariah; pemain gitar utama, Asmawi; dan pemain bes, Putu Ceri. Pemain dram mereka, Ambobzeel, dengan nama sebenar, Azham Ahmad, juga merupakan anggota pengasas band, Hujan. 

 

Ditubuhkan pada 2015, band ini kian terkenal dengan irama pop ‘60-an tahun dan lagu single mereka, antaranya, Bunga, Bercanda Di Malam Indah dan Dinda. Mereka menghasilkan album debut mereka Selamat Tinggal Pujaan (Farewell to the Admired) in 2018. 

Tarikh & Masa

12 Mei 2024, Ahad

8pm

Dewan Konsert Esplanade
Tiket & Harga
Standard

Pelajar, Anggota Perkhidmatan Negara,
Warga Emas (Terhad)

PWDs
(Terhad)
Cat 1 $80 - $32
Cat 2 $60 - $32
Cat 3 $40 $32 $32

Harga khas untuk ahli Esplanade&Me

Early Bird (14 – 20 Mar 2024, tiket terhad)

Kad Hitam: jimat 20%
Kad Putih: jimat 15%
Discover: jimat 15% (Min. 2 tiket)


Dari 21 Mar 2024, 10am
Kad Hitam: jimat 15%   
Kad Putih: jimat 10%
Discover: jimat 10% (Min. 2 tiket, tiket terhad)

 

Applicable to Standard Cat 1 & 2 tickets only. Terms and Conditions apply.

Not a member? Sign up for free!

Geran Seni Tote Board

Semua sekolah menengah, maktab rendah/Institut Berpusat dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh menggunakan Geran Seni Tote Board untuk mendapat subsidi sehingga 50 peratus daripada kos program.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kaunter tiket Esplanade di 6828 8389 atau emel kepada boxoffice@esplanade.com.

MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.