Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik

Dangdut Koplo Extravaganza!

Ochi Alvira & Syahiba Saufa (Indonesia)

12 Mei 2024, Ahad, 5pm & 8pm

1jam 30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Studio Annex Esplanade

Sold Out

Tentang Acara

Mengasyikkan, hipnotik dan menggugah jiwa - bersedia untuk menikmati muzik dangdut kopla, yang bakal dipersembahkan oleh dua bintang popular dangdut Indonesia, Ochi Alvira dan Syahiba Saufa! 

 

Mempunyai seramai lima juta peminat dari wadah TikTok dan Instagram, lagu-lagu viral antarabangsa seperti Rasah Nyangkem 3 dan jutaan tontonan video di YouTube, Ochi dan Syahiba adalah bintang dengan tarikan unik tersendiri. Vokal manis tetapi bertenaga Ochi dilengkapkan dengan tatapan memikat dan nada merdu Syahiba dan bersama-sama, keserasian muzik mereka menghasilkan satu persembahan yang anda tidak boleh terlepas menonton. 

 

Berputik daripada akar umbi pada 1960-an tahun, dangdut adalah sejenis gaya muzik popular Indonesia yang mengadunkan bunyian dan peralatan daripada pelbagai budaya setempat dan antarabangsa. Nama dangdut sendiri dikatakan dicipta daripada bunyian gendang dua kepala yang merupakan asas kebanyakan muzik dangdut. Genre sampingan, dangdut koplo, kian popular pada tahun 2000-an, menerapkan lebih banyak pengaruh muzik seperti rok, elektronika, hip hop dan pop. Ciri-ciri utama dangdut koplo adalah kepantasan dan kerumitan iramanya yang lebih pantas daripada muzik dangdut tradisional, menarik orang untuk bergerak dan menari kepada lagu-lagunya. 

 

Melampaui muzik, dangdut koplo juga meraikan budaya dan warisan Indonesia. Sepanjang persembahan mereka, Ochi dan Syahiba bakal memberi penghormatan kepada tradisi kaya dan semangat tanah air mereka, mengingati penonton di jalanan sibuk Jakarta dan pasar Surabaya. Diiringi dengan band tujuh orang dari Surabaya, pasangan ini bersedia menambat penonton dalam persembahan pertama mereka di luar negara. Jangan lepaskan peluang anda untuk mengalami muzik dangdut koplo secara langsung, dipersembahkan oleh dua bintang menarik! 

Nasihat:

Ruang berdiri sahaja, tiada kerusi.

Umur Kemasukan:
16 tahun ke atas.
Bahasa: Bahasa Indonesia
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tiket: Harga tidak termasuk bayaran tempahan ejen. Masukan ke tempat-tempat persembahan dibolehkan kepada penonton yang mempunyai tiket yang dibeli melalui ejen tikey yang sah sahaja. Baca tentang tiket atau periksa soal jawab (FAQ) kami.

Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.

Sila kekal berwaspada dengan ancaman penipuan pancingan data yang kian meningkat. Gunakan saluran tiket rasmi seperti Esplanade.com atau Sistic.com.sg dan periksa bahawa anda melayari laman web yang sah sebelum  anda log masuk untuk menempah tiket.
Tentang Artis

Ochi Alvira

Instagram | YouTube

Ochi Alvira adalah seorang yang mempunyai pelbagai bakat dari bandar meriah, Banyuwangi, Indonesia. Dilahirkan dan membesar di tengah-tengah budaya serantau, perjalanan artistik Ochi dipengaruhi dengan pelbagai tradisi dan adat tanah airnya. 

Syahiba Saufa

Instagram | YouTube

Syahiba Saufa adalah seorang penyanyi, penulis dan penggubah lagu popular Indonesia yang berasal dari kota Surabaya di Jawa Timur. Beliau menempa nama selepas muncul dalam muzik kedua rancangan realiti, The Voice Indonesia, pada 2017. Sejak itu, beliau telah menghasilkan beberapa single dan bergabung bersama seniman popular lain di rantauan. 

Tarikh & Masa

12 Mei 2024, Ahad

5pm

Studio Annex Esplanade

8pm

Studio Annex Esplanade
Tiket & Harga
Standard Pelajar, anggota Perkhidmatan Negara,
Warga Emas dan PWDs (Terhad)
Harga $40 $32

Harga khas untuk ahli Esplanade&Me

Early Bird (14 – 20 Mar 2024, tiket terhad)

Kad Hitam: jimat 20%
Kad Putih: jimat 15%
Discover: jimat 15% (Min. 2 tiket)


Dari 21 Mar 2024, 10am
Kad Hitam: jimat 15%   
Kad Putih: jimat 10%
Discover: jimat 10% (Min. 2 tiket, tiket terhad)

 

Applicable to Standard tickets only. Terms and Conditions apply.

Not a member? Sign up for free!

Dangdut Koplo Extravaganza! Special: $60

(available for 8pm show only)

 

Includes the following:

  • Standard ticket

  • Autographed concert poster

  • Post-show meet and greet with Ochi Alvira & Syahiba Saufa

MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.