We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
18 Mei 2023, Khamis, 7pm, 8.15pm & 9.30pm
(Waktu rehat: Tiada)
Esplanade Outdoor Theatre & Online
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Lebaran Tales adalah persembahan tarian dan muzik berwarna-warni oleh syarikat seni persembahan setempat, Sri Warisan, yang menghidupkan semula semangat Ramadan dan Lebaran dari zaman nenek moyang. Selami semangat Ramadan bersama pelbagai amalannya menghala Lebaran seperti malam tujuh likur, yang bermaksud 10 hari terakhir Ramadan. Sri Warisan akan memaparkan persembahan, gelagat dan suasana perayaan di kampung serta tradisi yang dilakukan oleh orang Melayu seperti salam, pakaian tradisional dan banyak lagi. Pertunjukan ini juga akan diselitkan dengan penceritaan dan lakonan semula yang pasti akan membawa anda kembali pada hari-hari masa lampau semasa di kampung.
Sri Warisan Som Said Performing Arts Ltd
Sri Warisan adalah syarikat seni persembahan yang diasaskan oleh penerima Pingat Budaya, Cik Som Said. Sri Warisan, ditubuhkan pada 1997, adalah salah satu penggerak seni penting dalam suasana tarian Melayu Singapura. Menggabungkan teknik kontemporari bersama gaya tari tradisional yang kaya merupakan kekuatan Sri Warisan. Para penarinya dilatih untuk tampil cemerlang dalam aneka jenis seni multi-disiplinari seperti tarian, muzik, teater dan multimedia.
Siaran Langsung
18 Mei 2023, Khamis
7pm
8.15pm
8.15pm
9.30pm