We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
20 Mei 2023, Sabtu, 8pm & 9.30pm
21 Mei 2023, Ahad, 3pm
(Waktu rehat: Tiada)
Studio Annex Esplanade
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Bunyi kunci berdenting, berulang-ulang, satu peringatan pada masa silam yang kian pudar….
Dicipta oleh Flying Balloons Puppet yang disanjung dari Indonesia, Jalinan Kusam di Lemari Sosi – Cebisan Kenangan, mengisahkan seorang wanita yang hidup dalam minda dan ingatannya sendiri.
Kian beliau mencari kuncinya, beliau mencungkil kenangan dan impian yang terbenam di dalam laci, mengenal pasti binaan sosial yang membentuknya hari ini. Apakah yang beliau akan ubah, jika beliau boleh? Bagaimana beliau dibesarkan, jenis pekerjaan yang beliau lakukan, pasangan hidupnya - apakah antara tekanan sosial yang menyebabkan beliau membuat keputusannya?
Jalinan Kusam di Lemari Sosi – Cebisan Kenangan mewakili realiti tekanan sosial dan budaya yang tidak masuk akal, menyentuh tentang cabaran dan jangkaan benar yang dihadapi para wanita hari ini. Dipersembahkan buat julung-julung kalinya do festival teater boneka antarabangsa,, Pesta Boneka, di Jogjakarta dan kemudian dibangun dan dipentaskan semula di Helateater 2023 di Jakarta, Jalinan Kusam di Lemari Sosi – Cebisan Kenangan menggunakan boneka rumit yang diperbuat daripada rotan, kayu yang sudah dipakai, fabrik dan benang, memanipulasikan kededua objek dan pelakon untuk menyampaikan cerita jujur dan intim.
Ini adalah persembahan bukan lisan.
Kemasukan untuk usia 13 tahun ke atas.
Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.
Flying Balloons Puppet
Flying Balloons Puppet adalah sebuah syarikat teater boneka di Bantul, Jogyakarta, Indonesia. Syarikat ini diasas pada 2015 oleh penggiat teater Rangga Dwi Apriadinnur sementara beliau melanjutkan pengajian di Institut Seni Indonesia Jogyakarta. Sejak ia ditubuhkan pada 2015, Flying Balloons Puppet telah menerbitkan melebihi 10 penerbitan termasuk kerja-kerja asli dan gabungan. Pada 2018, Flying Balloons Puppet bergabung dengan seniman boneka Australia Gwen Knoxx untuk edisi keenam Pesta Boneka anjuran Papermoon Puppet Theatre, untuk persembahan Sori in the Land of Lembuna yang berbincang tentang pencemaran alam sekitar di habitat sungai. Pada 2019, syarikat ini menghasilkan penerbitan terbarunya yang memaparkan orang utan dan rumah mereka, Pongo Abelii, di Festival Georgetown.
20 Mei 2023, Sabtu
8pm
9.30pm
21 Mei 2023, Ahad
3pm
Standard | Pelajar, anggota Perkhidmatan Negara, Warga Emas dan PWDs (Terhad) |
|
Harga | $18 | $15 |
Esplanade&Me Specials
Early Bird (16 – 26 Mar 2023, limited tickets)
Black: 20% savings
White: 15% savings
Discover: 15% savings (Min. of 2 tickets)
From 27 Mar 2023, 9am
Black: 15% savings
White: 10% savings
Discover: 10% savings (Min. of 2 tickets, limited tickets)
Applicable to Standard tickets only. Terms and Conditions apply.