We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
21 Mei 2023, Ahad, 8pm
(Waktu rehat: Tiada)
Dewan Konsert Esplanade
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
“Di kalangan pemuzik berdikari, Efek Rumah Kaca telah membina nama untuk diri mereka. Muzik mereka bukan sahaja telah mengembara di Indonesia, tetapi juga di beberapa negara jiran yang lain, menunjukkan Indonesia boleh berbangga dengan pemuzik indie mereka.” – CNN Indonesia
Band indie Indonesia yang dikenali, Efek Rumah Kaca, kembali ke Singapura selepas 13 tahun, menjanjikan satu lagi persembahan rancak dan boleh diingati secara langsung. Efek Kaca Rumah yang diterjemahkan daripada istilah “Greenhouse Effect”, menjadi terkenal dengan album bertajuk sendiri, serta keluaran susulannya, Kamar Gelap dan Sinestesia. Band rok alternatif dengan kesan pop ini dikenali dengan lirik satira dan menimbulkan pemikiran tentang politik dan masyarakat, diiringi dengan melodi menarik dan susunan orkestra. Bunyinya unik menerusi suara penyanyi utama dan pemain gitar, Cholil Mahmud, dengan vokal yang murni dan menghantui dengan setiap rekod. Di sebalik sifat muzik dan lirik yang suram, persembahan secara langsung mereka penuh dengan tenaga, hasil daripada peminat setia mereka yang akan menyanyi sama setiap lagu.
Pada Januari 2023, band ini mengeluarkan album Rimpang, keluaran penuh pertama ereka sejak Jalan Enam Tiga pada 2020. Dipersembahkan oleh barisan anggota asli, Efek Rumah Kaca, kini bersedia mengisi Dewan Konsert Esplanade dengan diskografi luas mereka, termasuk bahan-bahan daripada album terbaru di samping lagu-lagu kegemaran peminat seperti Desember, Sebelah Mata dan Cinta Melalu.
Dipersembahkan dalam bahasa Indonesia.
Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.
Efek Rumah Kaca
Efek Rumah Kaca (dalam bahasa Inggeris: Greenhouse Effect) adalah band rok indie Indonesia yang ditubuhkan pada 2001. Band ini terdiri daripada Cholil Mahmud (vokal utama, gitar), Airil "Poppie" Nur Abadiansyah (vokal latar, bes), Reza Ryan (gitar, vokal latar) dan Akbar Bagus Sudibyo (dram, vokal latar). Dengan lirik yang dicipta dengan indah, melodi hebat dan susunan menarik, diiringi dengan vokal Cholil Mahmud yang murni dan menghantui, Efek Rumah Kaca adalah kuasa besar dalam suasana muzik berdikari Indonesia. Mereka dikenali dengan lirik satira dan menimbulkan pemikiran - selalunya berkenaan politik atau masyarakat harian. Mereka telah menghasilkan empat album dan satu EP, Efek Rumah Kaca (2007), Kamar Gelap (2008), Sinestesia (2015), Jalan Enam Tiga (2020), dengan yang terbaru Rimpang (2023).
21 Mei 2023, Ahad
8pm
Standard | Pelajar, anggota Perkhidmatan Negara, Warga Emas dan PWDs (Terhad) |
|
Harga | $55 | $44 |
Esplanade&Me Specials
Early Bird (16 – 26 Mar 2023, limited tickets)
Black: 20% savings
White: 15% savings
Discover: 15% savings (Min. of 2 tickets)
From 27 Mar 2023, 9am
Black: 15% savings
White: 10% savings
Discover: 10% savings (Min. of 2 tickets, limited tickets)
Applicable to Standard tickets only. Terms and Conditions apply.
ESPLANADE OFFSTAGE
Read, watch, listen