Dipersembahkan oleh Esplanade

Teater

Air Da Tohor (Air pasang surut)

An Esplanade Commission
Asnida Daud & Firdaus Sani (Singapura)

19 Mei 2023, Jumaat, 8pm

20 Mei 2023, Sabtu, 3pm

1jam 30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Studio Resital

Acara ini telah berlalu

Tentang Acara

Air Da Tohor (Air pasang surut) adalah ungkapan vernakular yang digunakan oleh orang laut / orang pulau untuk menyeru perhatian apabila air surut ketika memancing. Sama seperti zon intertidal, ia mencerminkan tempat lautan bertemu dengan daratan. Apabila air surut, lebih banyak kehidupan laut yang dapat dilihat.

 

Asnida Daud dan Firdaus Sani adalah dua keturunan orang laut dan orang pulau Singapura di mana keluarga mereka tinggal di Pulau Semakau dan Pulau Sudong. Pulau-pulau ini, yang terletak di selatan Singapura, pernah menjadi rumah kepada masyarakat orang pulau. Untuk Air Da Tohor, mereka akan mencungkil identiti tradisi kompleks mereka dengan budaya dan warisan yang sudah pupus melalui puisi dan pergerakan.

 

Persembahan ini akan dibahagikan kepada empat segmen yang akan merungkai isu-isu nyata seperti tradisi lisan, ketukangan, masakan dan alam persekitaran.

 

Mantera Laut (Mantras for the Ocean)

Budaya yang ditubuhkan daripada persekitaran pantai dan kepercayaannya, masyarakat orang laut / orang pulau tidak asing lagi pada animisme. Dicipta khas dalam bahasa ibunda untuk komuniti ini, segmen ini diilhamkan daripada penggunaan kata-kata penenang dan mantra cinta yang digunakan ketika ritual sebagai cara bermanifestasi.

 

Rangka Bubu, Rangka Budaya (Frame of a Bubu fishing trap, Frame of our culture)

Komuniti orang pantai lazimnya menggunakan ketukangan maritim yang unik untuk menghasilkan perangkap ikan berwayar. Segmen ini mengupas anekdot di sebalik tradisi unik untuk menjerat bubu. Memandangkan akses ke darat dan laut agak rumit, tradisi ini menghadapi cabaran dengan tiadanya pengaruh kuat pada masa hadapan.

 

Kami tak akan mati (We will not cease to exist)

Pada dasarnya, masyarakat orang pulau / orang laut sering bergantung kepada persekitaran mereka untuk mendapatkan sumber makanan. Segmen ini fokus kepada persepsi unik terhadap satu spesis makanan laut iaitu, ikan buntal. Walaupun ia terkenal sebagai ikan yang beracun, ia tetap menjadi makanan istimewa di kalangan komuniti orang pantai. Daripada cara menangkap ikan, menyingkirkan racun, hingga ke amalan ritualnya, sorotan cerita ini menunjukan tumpuan pada masakannya yang unik.

 

Pelindung (Protector)

Untuk berpuluh tahun lamanya, cerita-cerita dan identiti orang laut / orang pulau telah ditulis oleh orang lain. Diilhamkan oleh ritual laut dan mantera untuk perlindungan, segmen ini berharap dapat mewujudkan ciri-ciri, tenaga dan kesungguhan masyarakat orang pulau / orang laut yang merupakan penjaga dan pelindung alam yang sentiasa dihormati.

 

Penyelidik dan seniman persembahan: Asnida Daud, Firdaus Sani

 

Seniman persembahan undangan: Hamzah Bin Mohamad, Mohamad Asri bin Hamzah
Seniman gerakan: Syimah Sabtu, Adi Aiyad, Kansh
Seniman bunyi: Jeffrey Zauhari, Luqman Hakim
Vokalis: Syurga Jeffrey

 

Pengarah artistik: Norhaizad Adam
Dramaturg: Aidli Mosbit
Penulis: Nabilah Said

 

Pengurus projek: Hasyimah Harith
Pengurus pentas: Syarifuddin Sahari
Pengurus penolong pentas: Firas Rahmat
Pereka pencahayaan: Amirul Azmi
Pencipta kandungan visual:  Nurul Aqilah Mazromi, Fitrah Jeffrey

Nasihat:

Dipersembahkan dalam bahasa Inggeris dan Melayu dengan sari kata Inggeris

Umur Kemasukan:
Kemasukan untuk umur 6 tahun ke atas.
Bahasa: Dipersembahkan dalam bahasa Inggeris dan Melayu dengan sari kata Inggeris
Sarikata: Inggeris
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tiket: Harga tidak termasuk bayaran tempahan ejen. Masukan ke tempat-tempat persembahan dibolehkan kepada penonton yang mempunyai tiket yang dibeli melalui ejen tikey yang sah sahaja. Baca tentang tiket atau periksa soal jawab (FAQ) kami.

Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.

Sila kekal berwaspada dengan ancaman penipuan pancingan data yang kian meningkat. Gunakan saluran tiket rasmi seperti Esplanade.com atau Sistic.com.sg dan periksa bahawa anda melayari laman web yang sah sebelum  anda log masuk untuk menempah tiket.
Tentang Artis

Asnida Daud

Sebagai pakar kanan dalam media untuk pendidikan,  Asnida menerbit, mengarah, menulis, berlakon dan menyanyikan bahan-bahan media pembelajaran untuk sekolah-sekolah di Singapura. Ia merupakan satu peranan yang memerlukan tahap penguasaan bahasa Melayu yang tinggi. Penglibatannya dalam seni dan budaya Melayu menunjukkan kesungguhannya dalam memainkan peranan penting sebagai pejuang seni dan bahasa supaya dalam pemahaman dan pemeliharaan warisan bahasa nasional dan budaya Melayu Singapura. 

Firdaus Sani

Firdaus Sani adalah generasi keempat keturunan orang laut / pulau yang dapat dikesan oleh Orang Pulau di Singapura dan di Kepulauan Riau. Nenek dan datuk sebelah ibunya pernah menetap di salah sebuah pulau di Kepulauan Selatan Singapura, iaitu Pulau Semakau hingga 1977 sebelum mereka berpindah ke bandar Singapura. Semasa membesar, Firdaus banyak mengunjungi Pulau Semakau bersama datuk dan neneknya, di mana beliau mempelajari tradisi dan cara hidup orang laut dan pulau yang mempunyai hubungan akrab dengan lautan. Firdaus adalah pengasas Orang Laut SG (@oranglautsg), lelaman yang bertujuan untuk memaparkan naratif peribumi. Sebagai penyokong suara-suara peribumi, Firdaus pernah berkongsi tentang warisan budaya di wadah seperti TedxYouth@Singapore dan Pesta Penulis Singapura. 

Tarikh & Masa

19 Mei 2023, Jumaat

8pm

Studio Resital

20 Mei 2023, Sabtu

3pm

Studio Resital
Tiket & Harga
Standard Pelajar, anggota Perkhidmatan Negara,
Warga Emas dan PWDs (Terhad)
Harga $30 $24

Esplanade&Me Specials


 

Early Bird

(16 – 26 Mar 2023, limited tickets)
Black: 20% savings
White: 15% savings
Discover: 15% savings (Min. of 2 tickets)


From 27 Mar 2023, 9am
Black: 15% savings  
White: 10% savings
Discover: 10% savings (Min. of 2 tickets, limited tickets)

 

Applicable to Standard tickets only. Terms and Conditions apply.

 

Not a member? Sign up for free!

Geran Seni Tote Board

 

Semua sekolah menengah, maktab rendah/Institut Berpusat dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE)* boleh menggunakan Geran Seni Tote Board untuk mendapat subsidi sehingga 50 peratus daripada kos program.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kaunter tiket Esplanade di 6828 8389 atau emel kepada boxoffice@esplanade.com.

MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.