We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Find what you're looking for.
7 Feb 2026, Sabtu, 8pm
(Waktu rehat: Tiada)
Studio Resital Esplanade
Rentas merupakan sebuah program kediaman kolaboratif sebagai sebahagian daripada Gemadah – Festival Muzik Melayu Tradisional. Di bawah bimbingan komposer dan artis Aidil Akmal sebagai mentor, bersama pemain biola jemputan Ahmad Musta’in, para peserta akan menggubah komposisi baharu yang berakar pada irama dan melodi muzik tradisional Melayu, serta diperkaya dengan semangat, nilai dan nuansa halus warisan tersebut. Program ini turut diperkukuh dengan arahan artistik oleh Fadhli Ramlee, yang berperanan meningkatkan nilai estetika dan pengalaman konsert secara keseluruhan.
Melalui Rentas, penonton diajak menelusuri bunyi yang mencerminkan hubungan erat dan tidak terpisah antara pemuzik, instrumen dan muzik itu sendiri. Berteraskan hasrat untuk memperhalusi serta mentakrifkan semula sempadan muzik tradisional dalam landskap seni yang dinamik, ensembel ini beraspirasi menyemarakkan minda generasi melalui kuasa penciptaan dan inovasi. Saksikan pertembungan tenaga dan idea apabila pelbagai generasi berganding bahu mempersembahkan karya mereka dalam Rentas.
Gemadah – Festival Muzik Melayu Tradisional dipersembahkan oleh Persatuan Pemuzik Tradisional Melayu Singapura dengan kerjasama Esplanade – Theatres on the Bay sebagai sebahagian daripada siri Pentas Esplanade.
Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.
Ahmad Musta’in
Ahmad Mustain ialah seorang pemuzik pelbagai disiplin dan pendidik muzik yang berdedikasi, terlatih di LASALLE College of the Arts serta mahir dalam pelbagai genre daripada pop dan jazz hingga grunge dan muzik tradisional Melayu. Seorang pemain biola berpengalaman dengan persembahan antarabangsa di Malaysia, Indonesia, Taiwan, Sepanyol dan Amerika Syarikat, beliau merupakan ahli Orkestra Melayu Singapura dan Orkestra Sri Temasek. Sejak tahun 2010-an, beliau telah mengajar biola dan kini berkhidmat sebagai guru muzik di Kementerian Pendidikan Singapura, menerajui program muzik sekolah dan Orkestra Cina, serta memupuk kreativiti pelajar, penghayatan budaya dan kemahiran abad ke-21 melalui pendekatan pengajaran yang inovatif, merentas budaya dan berintegrasikan teknologi.
Aidil Akmal
Aidil Akmal ialah seorang pemuzik pelbagai instrumen, komposer dan penggubah dengan pengalaman luas dalam persembahan muzik, penggubahan vokal dan instrumental, penyuntingan audio, pencampuran bunyi serta komposisi. Dikenali dengan semangat kolaboratifnya, beliau menjalin hubungan kerja yang kukuh dengan para pemuzik, penerbit, pasukan produksi dan penonton.
Fadli Ramlee
Fadhli Ramlee ialah seorang artis pelbagai disiplin yang mahir dalam pelbagai bentuk amalan termasuk tarian tradisional Melayu, muzik tradisional, serta karya teater merangkumi lakonan, penulisan dan pengarahan.
7 Feb 2026, Sabtu
8pm
| Standard | Pelajar, anggota Perkhidmatan Negara, Warga Emas dan PWDs (Terhad) |
|
| Harga | $22 | $18 |
Harga khas untuk ahli Esplanade&Me
Kad Hitam & Putih: $16
Discover: $16 (Min. 2 tiket, tiket terhad)
Applicable to Standard tickets only. Terms and Conditions apply.
Pas Budaya SG
Acara ini layak untuk kredit Pas Budaya SG, bermula dari 7 January 2026.
Pilih 'SG Cultural Pass' sebagai pilihan pembayaran anda pada halaman 'Shopping Cart'. Lungsuri lelaman Pas Budaya SG untuk mendapatkan maklumat lanjut.