Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
31 Jan 2025, Jumaat, 8pm
1 Feb 2025, Sabtu, 8pm
(Waktu rehat: Tiada)
Teater Dermaga Singtel di Esplanade
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Sriwana menandakan ulang tahunnya yang ke-70 dengan “Teras, Paksi & Titik”, sebuah renungan eksploratif terhadap perkembangan tarian Melayu dalam sulalatus kumpulan ini. Menampilkan para penggiat kreatif dari Sriwana bersama rakan-rakan serantau- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Mohd Zulfarqar Bin Awaluddin, bekas anggota terkemuka Pak Ngah Production dan Yayasan Warisan Johor- produksi ini menggabungkan pengimbasan serta nostalgia yang mendalam dengan gerakan progresif yang menonjolkan pertumbuhan artistik, keupayaan adaptasi, dan semangat daya tahan Sriwana selama ini.
Produksi ini mengolah semula karya-karya ikonik Sriwana bersama koreografi baharu yang inovatif, memaparkan kesinambungan antara tradisi dan kemodenan yang endah akan salasilah dan membayangkan masa depan.
Melalui tinjauan dinamik ini, “Teras, Paksi & Titik” mengukuhkan peranan Sriwana sebagai penggerak budaya yang meneroka sempadan tarian Melayu dan akan membawa nama Sriwana ke alaf ekspresi baharu yang transformatif.
Accessibility
Assistive Listening
Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.
Sriwana
Website | Facebook | Instagram | TikTok | YouTube
Diasaskan pada tahun 1955, Sriwana adalah organisasi seni Melayu tertua di Singapura, yang berdedikasi kepada pemeliharaan dan promosi tarian tradisional dan budaya Melayu. Dengan pengalaman hampir tujuh dekad, Sriwana memainkan peranan penting dalam menjaga sempadan seni tarian Melayu yang juga endah akan interpretasi moden. Sebagai pertubuhan bukan untung, Sriwana bergantung kepada tenaga para sukarelawan yang juga merupakan penggiat seni yang melahirkan nyawa kepada tradisi kaya dan karya tarian, muzik, dan teater.
Melalui pelbagai karyanya, Sriwana bukan sahaja berperanan sebagai penggiat seni Melayu tempatan tetapi juga berusaha memperluaskan jangkauan mereka melalui kerjasama dengan penggiat seni serantau dan antarabangsa. Setiap persembahan bukan sahaja meraikan ekspresi budaya Melayu tetapi juga mewakili langkah berani ke masa depan, sambil mendakap arus kemodenan. Dengan berpegang teguh kepada warisan dan semangat seni Melayu, Sriwana terus memastikan legasi budaya ini akan berkembang untuk generasi yang akan datang.
Sistem Bantu Dengar
Sistem bantu dengar sedia ada di sini. Pengguna alat bantu pendengaran yang mempunyai program Telecoil dapat bermanfaat daripada sistem ini. Sıla tiba 30 minit lebih awal sebelum persembahan bermula supaya kami dapat membantu menyediakan sistem ini.
Assistive Listening
31 Jan 2025, Jumaat
8pm
1 Feb 2025, Sabtu
8pm
Standard | Pelajar, anggota Perkhidmatan Negara, Warga Emas dan PWDs (Terhad) |
|
Harga | $40 | $32 |
Harga khas untuk ahli Esplanade&Me
Early Bird (10 – 23 Dec 2024, tiket terhad)
Kad Hitam: jimat 20%
Kad Putih: jimat 15%
Discover: jimat 15% (Min. 2 tiket)
From 24 Dec 2024, 10am
Kad Hitam: jimat 15%
Kad Putih: jimat 10%
Discover: jimat 10% (Min. 2 tiket, tiket terhad)
Applicable to Standard tickets only. Terms and Conditions apply.
Geran Seni Tote Board
Semua sekolah menengah, maktab rendah/Institut Berpusat dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh menggunakan Geran Seni Tote Board untuk mendapat subsidi sehingga 50 peratus daripada kos program.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kaunter tiket Esplanade di 6828 8389 atau emel kepada boxoffice@esplanade.com.