Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik

TWF Presents Sarah Syazlina & the JeeFunk Syndicate

(Singapore)

5 Sep 2025, Jumaat, 7.15pm

6 Sep 2025, Sabtu, 7.15pm

45minit

(Waktu rehat: Tiada)

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

Acara ini telah berlalu

not cache
Tentang Acara

Saksikan gabungan dinamik pop, balada, R&B dan funk sebagai The Wonda Factory bekerjasama dengan Sarah Syazlina & JeeFunk Syndicate, sebuah kumpulan yang terkenal dengan persembahan bergaya, susunan muzik yang kreatif dan semangat yang kuat di atas pentas.  

 

Persembahan ini akan mempamerkan lagu-lagu oleh The Wonda Factory bersama, lagu yang akan diimaginasikan semula, oleh penyanyi jemputah khas, FIRJO dan Fathin Amira. Mereka akan memberi persembahan tersendiri. 

 

Sama ada anda peminat musik tempatan, pencita suara yang berjiwa, atau sekadar hendak mengalami malam yang penuh irama. Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan istimewa ini yang akan meninggalkan kenangan manis kepada semua. 

Bahasa: Melayu
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tentang Artis

Sarah Syazlina & the JeeFunk Syndicate

The Wonda Factory's Instagram | Sarah Syazlina's Instagram | Sarah Syazlina's Youtube

Sarah Syazlina dan the JeeFunk Syndicate adalah sebuah kumpulan anak muda yang penuh tenaga, berbakat dan bersemangat tinggi. Mereka menggabungkan unsur muzik Pop, R&B, dan Funk dengan vokal yang penuh jiwa dan emosi, menghasilkan persembahan yang memukau dan berkesan di atas pentas. Diketuai oleh Sarah Syazlina, kumpulan ini menyerlah dengan susunan muzik yang kemas serta keserasian yang tulus antara ahli-ahlinya. Barisan pemuzik terdiri daripada Danial Elias Teo di keyboard, Syafiz Azman di gitar, Mingo di bass dan Tristan Seow di gendang, masing-masing membawa gaya dan nadamuzik tersendiri. Baru-baru ini, mereka telah membuat persembahan di acara terbesar mereka iaitu Festival Muzik MYBeats pada bulan Julai. Mereka juga pernah tampil di pentas-pentas ikonik seperti Esplanade dan GastroBeats dan sentiasa menyampaikan persembahan gah yang penuh tenaga, emosi serta berhubung secara mendalam dengan penonton. 

Tarikh & Masa

5 Sep 2025, Jumaat

7.15pm

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

6 Sep 2025, Sabtu

7.15pm

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.