We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Find what you're looking for.
Dipersembahkan oleh Esplanade
3 Sep 2022, Sabtu, 1.30pm
(Waktu rehat: Tiada)
Esplanade Studio 219 (ST219)
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Pertingkatkan ekspresi muzikal kreatif anda dalam bengkel ini oleh Yanto Sani, juara pertandingan Projek Lagu di Suria pada 2021. Sesi intim ini akan membenarkan para peserta untuk menerokai penulisan lagu kian Yanto berkongsi proses penulisan lagu-lagu rok pop. Pelajari kemahiran menulis lagu sendiri, mencipta kekata yang boleh memancing pendengar dan bercerita menerusi lirik.
Pelitup muka tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, penonton digalakkan untuk terus melaksanakan tanggungjawab dan berhati-hati, seperti memakai pelitup muka apabila berada di tempat yang sesak.
Yanto Sani adalah seorang penaung seni yang sebenar dan telah menyumbang pada karya seni selama melebihi sedekad. Beliau baru-baru ini telah menceburi dalam bidang muzik dengan matlamat untuk menyerlahkan muzik Melayu alternatif. Pada 2021, beliau menjuarai Projek Lagu, satu pertandingan mencipta lagu peringkat kebangsaan anjuran MediaCorp Suria.
Bersama pengalaman Yanto dalam gubahan dan susunan lagu, serta kemahiran penerbitan mantap prodbydan (salah seorang anggota daripada kumpulan duo JAGADEDGE), mereka berdua telah menggabungkan muzik elektronik, hip hop dan rok secara sepadu bagi menghasilkan bunyi yang telah menawan pendengar.
3 Sep 2022, Sabtu
1.30pm