Dipersembahkan oleh Esplanade

Teater

SCRIPT READING: Kemas

Moli Mohter and Teatre Kami (Singapore)

3 Sep 2022, Sabtu, 4pm

1jam

(Waktu rehat: Tiada)

Esplanade Annexe Studio

Acara ini telah berlalu

not cache
Tentang Acara

Menurut kamus bahasa Melayu, definisi Kemas adalah - 1. elok dan kelihatan rapi (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus, dan sebagainya dengan baik). Tapi bagaimana jika yang dikemas itu tidak boleh dilihat dengan mata.   

Tiga wanita sedang mengemas - di kanan mengemas untuk memulakan kehidupan baru. Di kiri pula sedang mengemas memori-memori lalu sebelum segala-galanya luput dari ingatan. Dan yang di depan sedang mengumpulkan segala-galanya.   

Nasihat:

Ini adalah acara tertutup dan atas jemputan sahaja.

 

Pelitup muka tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, penonton digalakkan untuk terus melaksanakan tanggungjawab dan berhati-hati, seperti memakai pelitup muka apabila berada di tempat yang sesak.

Bahasa: Melayu
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tentang Artis

Moli Mohter adalah penggiat teater yang mempunyai pengalaman luas yang terdiri daripada pelakon, pendidik, fasilitator, serta penulis dan pengarah.

 

Beliau telah menulis, mengarah dan menghasilkan karya yang tidak dapat dilupakan seperti Penantian (A Double-Bill) dan Sembelit Lagi. Moli telah memainkan pelbagai peranan untuk syarikat teater setempat seperti Drama Box, The Necessary Stage, Teater Kami, Teater Ekamatra dan banyak lagi. Sebagai pelakon-fasilitator, beliau adalah sebahagian daripada drama teater forum Trick or Threat oleh Drama Box, dan melalui itu diberi peluang untuk mengunjungi Festival Teater Forum Dunia di Austria pada 2009.

 

Sebagai seorang pendidik, Moli menyokong kenyataan SDEA bahawa seni boleh memberi inspirasi dan membentuk pelajar menjadi individu yang berfikiran imaginatif dan kreatif, mampu bertindak balas terhadap dunia mereka dengan empati dan kepekaan. Beliau telah mengajar di pelbagai sekolah dan institusi seperti Singapore Girls’ Home dan Singapore Boys’ Home.

 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau adalah seniman terkemuka bagi Both Sides, Now: Mengukir Harapan, sebuah projek masyarakat yang menerokai topik berkenaan isu akhir hayat. Karya terbarunya untuk Both Sides, Now, merupakan persembahan interaktif yang ditulis dan diarahnya, bertajuk Waktu.

Tarikh & Masa

3 Sep 2022, Sabtu

4pm

Esplanade Annexe Studio
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.