Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik

Pukul Canang Pop Up: SHO

(Singapore)

7 Sep 2025, Ahad, 6.45pm & 8pm

30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Depan Persisiran

Acara ini telah berlalu

not cache
Tentang Acara

Nantikan malam yang penuh dengan lagu-lagu klasik dan ‘soul’ yang dikenali daripada artis-artis Melayu dan Indonesia, dari masa lalu dan masa kini. 

 

SHO membawakan gaya dan suaranya yang tersendiri di atas pentas, seorang artis tempatan yang bercita-cita untuk berkongsi muziknya dengan dunia. Nikmati alunan lagu-lagu daripada Mahalini, Aina Abdul, P. Ramlee dan ramai lagi. Sertai kami dalam meraikan cinta abadi SHO terhadap genre Balada. 

Bahasa: Melayu, Bahasa Indonesia
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tentang Artis

Instagram

SHO ialah seorang penyanyi/pencipta lagu yang mula dikenali sejak 2016 dan merupakan graduan LASALLE pada tahun 2019. Beliau pernah menyertai beberapa pertandingan seperti iSing Singapore 2018, KWC Singapore 2019 dan Suara Wisma Geylang Serai 2.0, di mana beliau muncul Juara bagi dua yang pertama dan Naib Juara bagi yang terakhir. Mewakili Singapura ke Paris dan Jepun melalui pertandingan iSing dan KWC, SHO terus mengukir nama.

 

Baru-baru ini, beliau tampil bersama artis-artis tempatan dalam rancangan TV, Kaki Nanyi. Berinspirasikan R&B dan Soul, SHO terus menulis dan berkongsi muziknya, termasuk single pertamanya “Fighter” yang menceritakan perjuangannya sebagai artis muda.

Tarikh & Masa

7 Sep 2025, Ahad

6.45pm

Depan Persisiran

8pm

Depan Persisiran
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.