We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Find what you're looking for.
Dipersembahkan oleh Esplanade
6 Sep 2025, Sabtu, 6.45pm & 8pm
(Waktu rehat: Tiada)
Depan Persisiran
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Dikenali ramai orang semasa sesi bermain muzik di jalanan sepanjang Olympic Walk di Marina Bay Sands, Harris membawa persembahan luaran, Malam Galau, di Esplanade Courtyard. Persembahan akustik ini merangkumi pilihan lagu galau - balada Melayu yang menerokai tema tentang cinta, keinginan dan renungan yang tenang.
Sertai Harris merenung, menjalin hubungan dan menghiburkan penonton pada satu malam, di mana muzik menyampaikan apa yang tidak dapat dilahirkan menerusi kata-kata.
Harris Bin Osman – The Street Therapist
Sejak usia muda, muzik bagai isi dan kuku Harris seperti degupan jantung kedua. Sebelum jalanan menjadi pentasnya dan orang lalu-lalang menjadi penontonnya, Harris menyanyi kepada sesiapa sahaja yang sedia mendengar. Beliau mendapati keselesaan dan ekspresi dalam melodi, harmoni dan lirik yang menyentuh jiwa.
Berbekalkan sebuah gitar dan suara lunak yang menarik perhatian, beliau mengubah jalanan setempat yang biasa kepada tempat yang penuh emosi dan menghubungkan orang yang berlalu-lalang. Setiap persembahan menyentuh jiwa, mengadun balada, pop dan jiwa kepada kisah-kisah yang bergema selepas muzik kian pudar.
Bagi Harris, ia bukan tentang kemasyhuran atau kekayaan - beliau berkongsi sebahagian daripada dirinya menerusi setiap nota muzik. Tidak kira hujan atau panas, beliau akan muncul, didorong dengan cintanya terhadap muzik yang beliau kasihi. Dalam dunia yang berlalu dengan pantas, lagu-lagu Harris mengundang orang ramai untuk berhenti seketika, mendengar dan menjiwainya.
6 Sep 2025, Sabtu
6.45pm
8pm