We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Find what you're looking for.
Dipersembahkan oleh Esplanade
Sab of Main Tulis Group
(Singapore)3 Sep 2022, Sabtu, 11am
(Waktu rehat: Tiada)
Esplanade Studio 219 (ST219)
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Pernahkan anda menulis beberapa babak atau draf drama dan kemudian kurang pasti bagaimana hendak menyunting? Bagaimana anda menerokai pelbagai bahasa teater, termasuk teks dan dialog semasa menulis drama?
Buat penulis baru dan perantaraan yang berminat dalam penulisan drama, bengkel dua jam ini turut menawarkan tip praktikal untuk memperbaiki karya anda, khususnya semasa proses transformasi dari draf pertama ke draf kedua. Kita akan lihat apa yang membuat sebuah drama itu ‘baik’, dan meneliti perangkap yang biasa ada dalam drama baru.
Bengkel ini adalah susulan daripada sesi Playwriting 101, yang diadakan sebagai sebahagian daripada acara Cipta Cita anjuran Esplanade pada 2021. Namun, anda tidak perlu menghadiri sesi pertama tersebut untuk menghadiri sesi ini. Sesi soal jawab akan diadakan dan para peserta digalakkan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan.
Pelitup muka tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, penonton digalakkan untuk terus melaksanakan tanggungjawab dan berhati-hati, seperti memakai pelitup muka apabila berada di tempat yang sesak.
Sab of Main Tulis Group
Sab adalah seorang penulis bebas (apabila beliau mempunyai masa). Seorang penerima bagi kededua Biasiswa Seni Majlis Seni Kebangsaan dan Singapore Unbound Fellowship, karyanya telah dipersembahkan di Singapura, London dan Perth. Kredit ketara beliau termasuk dua pementasan Festival Fringe M1 Singapura – Bi(cara) (2016) dan Under My Skin (2017), serta Coming, Going (2017), dipersembahkan sebagai sebahagian daripada festival mikro Bunker Theatre yang berpangkalan di London, Bunker Without Borders.
Sab adalah seorang anggota Main Tulis Group, kolektif penulisan drama pertama Singapura yang memberi tumpuan pada teks dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Sebagai sebahagian daripada amalan mereka, Sab komited memperjuangkan suara-suara minoriti dan juga berminat mencari cara-cara baru untuk menyampaikan cerita-cerita lama.
3 Sep 2022, Sabtu
11am