We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Find what you're looking for.
Dipersembahkan oleh Esplanade
5 Sep 2025, Jumaat, 6.45pm & 7.45pm
(Waktu rehat: Tiada)
Ruang Legar
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Syaz Smooth akan memberi persembahan yang penuh emosi dan menyentuh jiwa melalui lagu-lagu EP terbarunya, Bersamamu, yang menyelami tema cinta, kehilangan dan hubungan yang mendalam. Persembahan ini akan mengupas perjalanan peribadinya— bukan hanya sebagai seorang artis, tetapi sebagai seseorang yang membesar dengan muzik. Selain lagu-lagu dari EP, Syaz juga akan menyampaikan lagu-lagu yang memberikannya inspirasi dalam proses penulisan Bersamamu. Antara artis yang mempengaruh Syaz dari masa kecil, termasuk Nadhif Basalamah, Dato’ Zainal Abidin dan ramai lagi.
Syaz Smooth
Facebook | Instagram | YouTube
Syaz Smooth ialah penyanyi dan penulis lagu R&B dari Singapura yang dikenali dengan vokal lunak dan bercerita yang menyentuh hati. Beliau mula berjinak dalam muzik sejak umur empat tahun, dengan R&B 90-an. Pada usia 12 tahun, beliau mendapat tempat diseparuh akhir dalam Asia’s Got Talent, di mana David Foster memberi nama pentas. Pada umur 14, beliau membuat persembahan di National Day Parade dan kemudian menandatangani kontrak bersama Universal Music. Single sulungnya Menunggu meraih lebih 261,000 aliran di Spotify, diikuti oleh Lari dan No Label. Pada tahun 2025, beliau melancarkan EP istimewa untuk arwah abangnya. Syaz terus membawa muzik R&B Singapura ke pentas dunia dengan karya penuh cinta, kesedihan, dan renungan jiwa.
5 Sep 2025, Jumaat
6.45pm
7.45pm