We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
23 Jul 2022, Sabtu, 8pm
(Waktu rehat: Tiada)
Dewan Konsert Esplanade
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
‘Sanisah Huri – Pelayaran Seni Lima Darsawarsa’ meraikan pencapaian salah seorang ikon hiburan gemilang Singapura sepanjang perjalanan dan kerjaya seninya dalam melebihi lima dekad.
Terkenal dengan suara lunak merdunya, Sanisah telah membina reputasinya sebagai bintang remaja yang mahir menyanyi dan seniman rakaman berjaya yang dianggap sebagai salah seorang vokalis popular dalam muzik pop di wilayah.
Konsert 90 minit ini adalah satu peluang keemasan buat peminat-peminatnya dan warga Singapura untuk mengingatkan kembali kenangan silam mereka dengan lagu-lagu malar segar Sanisah dalam aneka genre termasuk joget, pop, keroncong, asli dan moden.
“Ini adalah konsert sulung Sanisah Huri, yang dipersembahkan Esplanade, sebagai mengiktiraf sumbangan dan pencapaian beliau selama ini. Sanisah amat menghargai pengiktirafan ini dan konsert ini ditujukan khas untuk peminatnya dan kepada semua yang meminati lagu-lagu beliau. Ia merupakan peluang terbaik yang tidak harus dilepaskan kerana beliau akan menyanyikan 18 lagu popular yang mewarnai jiwa seninya sepanjang lima dekad ini.” – Rusedah Tawahid, Pengarah Konsert.
Semua penonton (kecuali kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah) perlu divaksin sepenuhnya terhadap COVID-19. Memakai pelitup muka diperlukan untuk semua acara di kawasan dalaman. Semua penonton dikehendaki membuat daftar masuk SafeEntry di tempat tersebut melalui aplikasi TraceTogether atau token sahaja.
Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami..
Sanisah Huri
Sanisah Huri mula bernyanyi pada usia 15 tahun apabila dipilih oleh Kassim Masdor, antara penggubah lagu terbaik Singapura, untuk bernyanyi dalam filem A-Go-Go '67 (1967) keluaran Shaw Brothers' Malay Film Production Limited.
Ketika itu beliau menyanyikan dua lagu Siapa Gerangan dan Alam Seni, diiringi pancaragam The Terwellos.
Selepas itu, beliau merakamkan lagu Si Baju Hijau dan Cuti Sekolah, iringan kumpulan The Hooks. Pada 1969, beliau merakamkan lagu Selalu, iringan Orkes Dendang Perindu, pimpinan Kassim Masdor. Pada 1970, beliau mula merakamkan lagu-lagunya, iringan Band Indonesia, Clique Fantastique. Beliau merakamkan dua EP, Malam Minggu dan Mana Utama.
Salah satu lagunya, Sedih Sekelip Mata telah ditulis bersama oleh Kassim Masdor dan Yusnor Ef dan menjadi lagu hit. Selain menyanyi solo, beliau juga menunjukkan kebolehan beliau untuk menyanyi duet, bersama A. Ramlie dengan lagu Rambut dan Hello Hello Sayang dan M. Ramlee bagi lagu Wajah Cermin Hatimu.
Kali terakhir Sanisah merakamkan lagu di studio adalah pada 1986. Sepanjang lima dekad dalam dunia hiburan, Sanisah telah merakamkan lebih 120 lagu dengan kebanyakan lagu menjadi lagu popular.
23 Jul 2022, Sabtu
8pm
Standard | Pelajar, Anggota Perkhidmatan Negar, |
PWDs (Terhad) |
|
Cat 1 | $45 | - | $28 |
Cat 2 | $35 | $28 | $28 |
Harga khas untuk ahli Esplanade&Me Specials
(Applicable to Cat 1 standard ticket)
Early Bird (30 Mei – 12 Jun 2022)
Kad Hitam: jimat 20%
Kad Putih: jimat 15%
Discover: jimat 15% (Min. of 2 tiket) (Tiket terhad)
From 13 Jun 2022
Kad Hitam: jimat 15%
Kad Putih: jimat 10%
Discover: jimat 10% (Min. of 2 tiket) (Tiket terhad)
Harga khas untuk ahli Esplanade&Me JOYears: $28