We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
3 Sep 2022, Sabtu, 7.15pm
4 Sep 2022, Ahad, 7pm & 8.15pm
(Waktu rehat: Tiada)
Ruang Legar, Teater Luar
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Irama Pantai Selatan yang diterjemahkan daripada bahasa Inggeris, “Southern Beach Tunes” adalah kumpulan pasangan duo yang memainkan muzik dalam genre yang mereka panggil, pop lautan, yang padat dengan pengaruh tropika. Dalam persembahan ini, pasangan duo ini akan membawakan lagu-lagu daripada album pertama mereka berjudul Dendang Samudra, dan juga beberapa lagu baru daripada EP mereka yang akan datang.
Muzik mereka akan mengembalikan penonton pada nuansa era tahun 1950-an dan 1960-an dengan iringan alat muzik tradisional. Mereka juga akan membawakan lagu-lagu cover dalam genre lenso, sejenis muzik lama Indonesia untuk memperkuatkan nuansa klasik di set persembahan mereka.
Pelitup muka tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, penonton digalakkan untuk terus melaksanakan tanggungjawab dan berhati-hati, seperti memakai pelitup muka apabila berada di tempat yang sesak. Tiada tiket yang akan diberikan. Tempat duduk disediakan berdasarkan siapa datang awal, dilayani terlebih dahulu.
Irama Pantai Selatan
Irama Pantai Selatan terdiri daripada Arief Fauzan dan Sigit Ezra pada tahun 2017, sepasang duo yang bermain alat muzik ukulele dan menamakan genre muzik tersendiri iaitu pop lautan, sejenis alunan yang hampir sama dengan nuansa lenso Indonesia pada era 1950-an hingga 1960-an, yang berkaitan dengan tema kehidupan laut dan sekitarnya.
Kini, mereka kembali dengan format baru untuk persembahan secara langsung yang dikenali sebagai orkes menyiur, untuk menyerikan persembahan mereka
3 Sep 2022, Sabtu
7.15pm
4 Sep 2022, Ahad
7pm
8.15pm