We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Find what you're looking for.
Dipersembahkan oleh Esplanade
16 – 19 Apr 2026
(Waktu rehat: Tiada)
Depan Persisiran
Persembahan ini akan membawa penonton mengenali kesenian tradisional Randai yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Kesenian ini semakin popular di Malaysia dan menjadi salah satu kursus yang popular di ASWARA, Malaysia.
Randai sinonim dengan silat, namun persembahan Tingkah Pandeka akan mengenalkan penonton kepada struktur asas permainan randai dengan menggabung jalinkan silat dan gerak, lakonan dan muzik. Aksi yang bertenaga dan spektakular akan memaku mata penonton menunggu kejutan-kejutan yang dipersembahkan. Muzik caklempong akan mempersembahkan lagu-lagu yang menjadi rutin dalam persembahan randai dan lagu-lagu popular yang direasikan.
Persembahan ini sesuai untuk semua peringkat umur.
SANGGAR PANDEKA, PuTRA ASWARA
Ditubuhkan pada tahun 2022 oleh alumni dan pensyarah ASWARA, Sanggar Pandeka merupakan sebuah kumpulan kebudayaan termuka yang bertekad mengangkat martabat seni Randai. Hanya dalam beberapa bulan selepas penubuhannya, kumpulan ini berjaya merangkul gelaran juara di Sayembara Randai 2022, sekali gus mengukuhkan reputasi kecemerlangan mereka. Melalui gabungan gerak silat berirama, muzik tradisional, dan penceritaan, mereka memukau penonton di selurh negara. Di luar pentas, Sangga Pandeka bertindak sebagai duta budaya dengan mengadakan bengkel untuk sekolah dan agensi bagi memastikan warisan yang dinamik ini terus kekal sebagai identiti hidup bagi generasi akan datang.
16 Apr 2026, Khamis
6.40pm
17 Apr 2026, Jumaat
6.40pm
18 Apr 2026, Sabtu
6.40pm
19 Apr 2026, Ahad
6.40pm