Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik

Tepuk-Tepuk Raya

Adiratna, Satria Sukma, Sutera Madura, Sri Tri Buana and OTOT (Singapura)

18 Apr 2026, Sabtu, 3pm & 4.15pm

19 Apr 2026, Ahad, 3pm & 4.15pm

45minit

(Waktu rehat: Tiada)

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

Percuma
not cache
Tentang Acara

Raikan Hari Raya dengan Tepuk-Tepuk Raya; satu ekstravaganza dikir barat yang memaparkan lima kumpulan terkenal dalam satu persembahan yang menakjubkan.

 

Saksikan koordinasi, tepukan berirama dan keharmonian suara yang mencerminkan rasa riang ria, penyatuan suara dan gerak tari yang bertenaga pada musim Lebaran ini.

 

Mari nikmati satu persembahan yang padat dengan unsur-unsur kebudayaan dengan iringan alunan muzik yang menakjubkan.

Bahasa: Melayu
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tentang Artis

Adiratna dan Satria Sukma - Politeknik Ngee Ann

Youtube Adiratna | Youtube Satria Sukma

Adiratna dan Satria Sukma dari Politeknik Ngee Ann bersinar sebagai dua kuasa dinamik dalam arena dikir barat; memaparkan tenaga muda dan tradisi budaya yang berakar umbi. Dengan kekuatan vokal yang bertenaga, pergerakan yang selaras dan penampilan pentas yang menawan, kedua-dua kumpulan memperkasa setiap persembahan mereka sebagai sambutan warisan Melayu yang meriah. Dedikasi mereka kepada seni dikir barat dan kerja berpasukan mencerminkan semangat kecemerlangan, menjadikan mereka duta dikir barat yang menonjol dalam arena dikir barat setempat.

Sutera Madura dan Sri Tri Buana - ITE East

Youtube Sutera Madura | Youtube Sri Tri Buana

Sutera Madura dan Sri Tri Buana dari ITE Kolej East mempamerkan denyut nadi dikir barat yang bertenaga dengan menggabungkan tradisi dinamik dengan bakat yang berbentuk ekspresif. Persembahan mereka memikat penonton melalui penyampaian vokal yang kuat, koordinasi yang lancar dan tenaga menular yang meraikan pelestarian warisan budaya Melayu. Berbekalkan semangat dan kerja berpasukan, kedua-dua pasukan ini menjadi sumber inspirasi dengan persembahan mereka yang mencerminkan dedikasi, kesenian dan dentitisebenar dalam seni dikir barat.

OTOT - aneka ITE Kolej

OTOT membawa tenaga mendebarkan kepada pentas dikir barat sebagai ensembel lelaki penuh bersemangat yang menyatukan golongan pelajar dari pelbagai ITE Kolej. Dikenali dengan nilai setiakawan yang kuat, ketepatan berirama dan penyampaian yang memukau, pasukan ini mepamerkan kekuatan persaudaraan melalui persembahan dinamik yang bergema dengan keyakinan dan pelestarian budaya. Sinergi dan dedikasi mereka yang tiada tandingnya terhadap seni dikir barat mencipta pengalaman menarik yang meraikan tradisi sambil menonjolkan suara berani generasi baharu.

Tarikh & Masa

18 Apr 2026, Sabtu

3pm

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

4.15pm

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

19 Apr 2026, Ahad

3pm

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

4.15pm

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.