Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik

Ritma & Pesona

Space Walk (Singapura)

17 Apr 2026, Jumaat, 7pm

45minit

(Waktu rehat: Tiada)

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

Percuma
not cache
Tentang Acara

Space Walk menyampaikan set yang didorong genderang yang menggabungkan irama inspirasi samba dengan penulisan lagu Melayu yang menyentuh hati dan mainan muzik jaz yang lunak.

 

Memaparkan lagu asli seperti Pesona, It’s Time To Cari Ganti! dan Dzikr Manusia, kugiran itu menerokai rentak, percintaan dan tekstur irama secara sama rata.

 

Space Walk bakal menyampaikan satu persembahan bertenaga yang diperhalusi dengan ketepatan, kehangatan dan berirama — di mana muzik genderang dimainkan bersama melodi hangat dalam suasana festival kontemporari.

Bahasa: Melayu
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tentang Artis

Facebook | Instagram | TikTok | YouTube

Ditubuhkan di Singapura, Space Walk adalah sebuah kugiran yang dikenali dengan penulisan lagu Melayu dengan pengaruh irama global dan identiti jaz.

 

Bunyi muzik mereka beralih antara lirik romantik dan susunan padat rentak, seringkali dipacu dengan muzik genderang berlapisan dan tekstur irama dinamik. Dengan lagu asli seperti It’s Time To Cari Ganti! dan Dzikr Manusia, kugiran itu telah membina reputasi bagi persembahan yang menawarkan keintiman dan pada masa yang sama, rancak dan menggegarkan.

 

Single terbaru mereka, Pesona, mendefinisikan lagi bunyi mereka yang kian berkembang — menggabungkan tenaga batucada yang diinspirasikan oleh samba dengan penampilan estetik serba hitam klasik mereka.

 

Di atas pentas, Space Walk menyampaikan persembahan berkuasa, di mana irama menemui percintaan dan tradisi menemui irama moden.

Tarikh & Masa

17 Apr 2026, Jumaat

7pm

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.