We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Find what you're looking for.
Dipersembahkan oleh Esplanade
19 Apr 2026, Ahad, 6.30pm & 7.30pm
(Waktu rehat: Tiada)
Ruang Legar
Suara generasi baharu Syurga Jeffrey dan Addylatif bersatu untuk sebuah malam penuh atmosfera yang menyelami sanubari malam minggu. Membawa tenaga kontemporari yang segar ke Pesta Raya, duo ini menggabungkan penceritaan indie-acoustic Syurga dengan melodi R&B Addylatif yang berjiwa.
Set susunan khas ini menampilkan lagu-lagu asli—termasuk karya R&B emosif dan indie-acoustic daripada Syurga dan Addylatif. Daripada gubahan semula lagu Melayu hingga ke karya asli yang tulus, persembahan ini menawarkan sebuah perjalanan akustik yang mendalam melalui tema cinta dan kerinduan. Ia merupakan sebuah pelawaan untuk menghayati evolusi bunyian tempatan dalam suasana yang santai.
Addylatif
Addylatif, 25 tahun, merupakan seorang penyanyi-penuils lagu dari Singapura dikenali untuk penceritaan emotifnya serta julat vokal yang dinamik. Menggabungkan elemen R&B, balada dan indie, beliau membawakan muzik yang intim namun penuh jiwa. Terinspirasi oleh ikon vokal seperti Mariah Carey dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Addylatif menampilkan kawalan vokal yang mantap daripada nada rendah yang lembut, lontaran vokal yang bertenaga hingga ke "whistle note" yang memukau. Pada tahun 2025, beliau melancarkan EP sulung berjudul Imaginasi, sebuah karya yang menyentuh tentang cinta, kerinduan dan refleksi diri melalui melodi yang indah serta lirik yang jujur.
Syurga Jeffrey
Syurga, 21 tahun, merupakan seorang penyanyi-penulis yang kini sedang mengasah bakat di LASALLE College of the Arts. Perjalanan seninya bermula seawal usia sembilan tahun, yang kini berkembang menjadi sebuah amalan pelbagai disiplin yang mneggabungkan penceritaan berjiwa dengan keintiman muzikal. Susulan pelancaran single sulung Melayunya, Telefon Dari Bulan, dan karya terbaharu tahun 2025, Polaroid, Syurga telah menjadi suara yang tidak asing lagi di Esplanade menerusi persembahan seperti In Youthful Company dan Air Da Tohor. Dengan dedikasi yang tinggi, beliau terus membina ruang unik di mana akar Nusantara bertemu dengan bunyian indie-acoustic kontemporari.
19 Apr 2026, Ahad
6.30pm
7.30pm