SANGGAR PANDEKA, PuTRA ASWARA
Instagram
|
TikTok
Ditubuhkan pada tahun 2022 oleh alumni dan pensyarah ASWARA, Sanggar Pandeka merupakan sebuah kumpulan kebudayaan termuka yang bertekad mengangkat martabat seni Randai. Hanya dalam beberapa bulan selepas penubuhannya, kumpulan ini berjaya merangkul gelaran juara di Sayembara Randai 2022, sekali gus mengukuhkan reputasi kecemerlangan mereka. Melalui gabungan gerak silat berirama, muzik tradisional, dan penceritaan, mereka memukau penonton di selurh negara. Di luar pentas, Sangga Pandeka bertindak sebagai duta budaya dengan mengadakan bengkel untuk sekolah dan agensi bagi memastikan warisan yang dinamik ini terus kekal sebagai identiti hidup bagi generasi akan datang.