Dipersembahkan oleh Esplanade

Tarian | Penceritaan

Ikan Kekek: Small Fish, Big Dreams

P7:1SMA (Singapura)

18 Apr 2026, Sabtu, 2.30pm & 3.45pm

19 Apr 2026, Ahad, 2.30pm & 3.45pm

30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Ruang Legar

Percuma
not cache
Tentang Acara

Ikan Kekek: Small Fish, Big Dreams adalah satu persembahan kanak-kanak interaktif yang menggabungkan penceritaan menarik dengan tarian Melayu. Direka untuk penonton cilik dan keluarga, persembahan ini mengundang kanak-kanak menjadi sebahagian daripada persembahan ini — menyanyi, menari dan bermain bersama sambil mereka mengikut perjalanan seekor ikan kecil yang mempelajari tentang keberanian, persahabatan dan kerja sama.

 

Menerusi muzik rancak dan watak-watak berwarna-warni, kanak-kanak digalakkan menggunakan imaginasi mereka sambil berseronok dan membina daya konfiden. Menggabungkan elemen kebudayaan bersama penceritaan interaktif, persembahan ini menghasilkan saat-saat bermakna buat kanak-kanak dan ibu bapa mereka.

 

Kredit Penerbitan:

Tukang cerita: Juriah Atan

Pereka tari: Hasyimah Harith, Anna Natassha

Penghibur: Romero Norliza, Nur Syakirah

Bahasa: Melayu
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tentang Artis

Juriah Atan (Tukang Cerita)

Juriah Atan minat cerita rakyat dan seni dramatik. Memiliki dua diploma dalam Speech dan Drama dengan pengalaman bercerita selama 20 tahun, beliau seronok berkongsi cerita kepada penonton daripada semua peringkat umur dan lapisan masyarakat, berbilang bangsa. Beliau fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan Melayu, dan menyampaikan cerita dalam kedua-dua bahasa dan menganjurkan bengkel di sekolah, acara-acara dan festival tempatan dan antarabangsa.

Hasyimah Harith (Pereka Tari & Penghibur)

Hasyimah Harith adalah seorang penari Melayu/Islam yang mereka tarian dan mengajar tarian rakyat Melayu. Dengan pengalaman melebihi 15 tahun, beliau menggabungkan penceritaan, pergerakan dan imaginasi untuk mencipta persembahan menarik. Beliau juga merupakan pengasas P7:1SMA, sebuah syarikat tarian yang menggunakan tarian sebagai strategi untuk menyokong isu-isu sosial. Diinspirasikan oleh budaya dan tubuhnya, Hasyimah mencipta karya tentang perasaan dan ekspresi diri, mengajak kanak-kanak untuk bergerak, bermain dan menemui kegembiraan menjadi diri mereka sendiri.

Anna Natassha (Pereka Tari & Penghibur)

Anna, seorang pengamal tarian Melayu yang berpangkalan di Singapura, mula menari pada tahun 2016, membina asas yang kukuh dalam tarian tradisional Melayu sebelum berkembang ke karya kontemporari, jaz dan komersial untuk meluaskan perbendaharaan kata pergerakannya. Sejak tahun 2021, beliau telah mencipta karyanya sendiri, meneroka ekspresi kontemporari yang berakar umbi dalam amalan budaya. Amalan mengkaji persilangan kerohanian dan tarian, membentuk karya yang mencerminkan kepercayaannya, menghormati akar umbi budayanya dan berhubung secara bermakna dengan penonton melalui pengalaman yang bersifat peribadi dan bergema.

Tarikh & Masa

18 Apr 2026, Sabtu

2.30pm

Ruang Legar

3.45pm

Ruang Legar

19 Apr 2026, Ahad

2.30pm

Ruang Legar

3.45pm

Ruang Legar
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.