Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik

Dua Wajah, Satu Suara

Isnina x Mai Dhaniyah (Singapura)

18 Apr 2026, Sabtu, 7.30pm, 8.30pm & 9.30pm

30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Ruang Legar

Percuma
not cache
Tentang Acara

Isnina dan Mai Dhaniyah—dua vokalis wanita menambat hati—bersatu untuk satu kolaborasi istimewa Pesta Raya yang meraikan semangat dan nostalgia Hari Raya. Terkenal dengan suara-suara unik dan penyampaian lagu yang menyentuh hati, pasangan penyanyi itu akan menghidupkan semula lagu-lagu Raya klasik terkenal, nyanyian penyanyi wanita ikonik, membawa tenaga segar sambil memberi penghormatan kepada tradisi malar segar.

 

Mengiringi pasangan voklis itu adalah sebuah kugiran dinamik yang akan bermain secara langsung—Jamal bermain dram, Shaun bermain keyboard, Syafiqah bermain bes, dan Lorenzo bermain gitar—persembahan mereka menjanjikan muzik yang kaya dengan harmoni penuh perasaan dan suasana perayaan yang meriah. Persembahan ini juga merupakan satu penghormat kepada suara-suara yang telah membentuk muzik Hari Raya, disampaikan oleh generasi seniman baru.

Bahasa: Melayu
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tentang Artis

Isnina

Instagram | YouTube

Isnina adalah seorang penyanyi-penulis dwibahasa, terkenal dengan single Melayu barunya, Buaya, yang dikeluarkan pada Ogos 2016. Lagu itu kekal berada di carta 20 teratas di stesen radio Ria 89.7FM selama melebihi 10 minggu, memperoleh pengiktirafan merentasi wadah media tempatan dan rantauan. Beliau juga dicalonkan kategori ‘Artis Baru Terbaik’ dan ‘Lagu Terbaik: Singapura’ di anugerah muzik Melayu rantauan, Anugerah Planet Muzik.

Mai Dhaniyah

Facebook | Instagram

Perjalanan muzik Mai Dhaniyah bermula pada usia kecil, hasil dorongan minatnya untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengejar impian mereka, tanpa mengira usia. Walaupun beliau menghargai kekayaan muzik Indonesia, versatiliti Mai mendorongnya untuk meneroka pelbagai genre. Melalui persembahan, ia membolehkannya berhubung dengan lebih mendalam bersama penonton, memupuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Falsafahnyamemberi tumpuan terhadap pertumbuhan berterusan, di mana beliau percaya bahawa beliau sentiasa ada ruang untuk memperbaiki diri. Dengan dedikasi yang teguh, beliau berhasrat untuk meninggalkan jejaknya di dunia muzik melalui tampil sebagai penyanyi di beberapa rancangan televisyen, seperti Gema Ria, Singapura Live 2.0 dan 4.0, Projek Lagu, dan Kaki Nyanyi.

Tarikh & Masa

18 Apr 2026, Sabtu

7.30pm

Ruang Legar

8.30pm

Ruang Legar

9.30pm

Ruang Legar
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.