Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
3 Mei 2025, Sabtu, 11am
(Waktu rehat: Tiada)
Studio Latihan Esplanade (Kawasan Pertemuan: Studio Teater, Tingkat 4, 15 minit sebelum masa mula)
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Koreografer ternama Indonesia, Hartati, mengundang peserta ke sebuah kelas induk yang jarang diadakan untuk menerokai pendekatan kreatifnya dalam Jarum Dalam Jerami. Terkenal dengan mainannya antara tradisional dan inovasi, koreografi Hartati menggabungkan bentuk tarian Indonesia yang rumit bersama teknik kontemporari —menjelmakan penglibatan kiritkalnya bersama nilai-nilai kebudayaan dan norma sosial di Indonesia hari ini.
Peserta akan menerokai segmen pergerakan pilihan dalam Jarum dalam Jerami dan mengalami teknik lapisan yang telah dibangunkan Hartati selama ini. Teknik tersebut adalah hasil penerokaan dan penjelmaan pergerakan yang berdekad, berakar dalam tarian Minang dan silek (seni pertahanan diri Minangkabau) sebagai asas utamanya; sambil juga mengambil inspirasi daripada tarian tradisional Indonesia lain dan aneka teknik moden yang beliau pelajari sepanjang kerjayanya.
Bengkel ini adalah atas undangan sahaja.
Hartati
Hartati adalah seorang koreografer Indonesia terkenal dengan karyanya merapatkan tradisi kaya budaya Minangkabau dengan tarian kontemporari. Dibesarkan di Sumatra Barat, beliau dipengaruhi oleh mentornya, Gusmiati Suid, yang membentuk pendekatan koreografinya — berakar dalam tradisi tetapi berani dan inovatif.
Menggabungkan bentuk tarian tradisional bersama teknik moden, Hartati menerokai isu sosial penting, mencipta ruang untuk suara terpinggir di dalam lanskap kebudayaan konservatif Indonesia. Karyanya memaparkan kerumitan identiti, di mana jantina, pangkat, etnik dan pengalaman pelbagai generasi bersilang.
Karya koreografi terkenalnya telah dipersembahkan di pentas berprestij seperti Bangunan Seni Jakarta, Teater Salihara dan Festival Tarian Indonesia, serta pelbagai festival antarabangsa. Terkenal dengan keupayaannya untuk menggabungkan warisan bersama estetik kontemporari, beliau telah menjadi pereka tari paling terpengaruh di Indonesia. Pada 2020, sumbangannya kepada seni mendapat pengiktirafan dengan Anugerah Kebudayaan Indonesia daripada pemerintah Indonesia.
3 Mei 2025, Sabtu
11am