Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
2 Mei 2025, Jumaat, 7pm, 8.15pm & 9.30pm
(Waktu rehat: Tiada)
Teater Luar DBS Foundation di Esplanade
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Kaki Nyanyi Berpesta meraikan perjalanan luar biasa para alumni dalam sebuah persembahan berwarna-warni yang menyaksikan usaha kolaborasi yang kekal berterusan.
Para alumni Kaki Nyanyi bakal memberi nafas baru pada lagu-lagu hit seperti Potret, Dealova, dan Lelaki Ini, dengan sususan muzik dan vokal yang bakal menambat hati.
Kaki Nyanyi Berpesta bukan sekadar meraikan muzik tetapi persahabatan, kenangan, dan perasaan yang bakal meninggalkan kesan mendalam kepada para penonton.
SUI
Sunny Jackson's Instagram | Myra's Instagram | Syaz Smooth's Instagram | Syaz Smooth's Youtube
SUI, sebuah kumpulan penyanyi balada Melayu, telah menarik penonton dengan harmoni kaya dan persembahan lunak mereka. Menggabungkan melodi tradisional bersama susunan vokal yang bergema, mereka telah mendapat pujian meluas kerana kedalaman emosi dan kemahiran muzik mereka. Bunyi unik mereka membolehkan mereka untuk menyerlah dan akhirnya tampil sebagai juara dalam rancangan pertandingan nyanyian realiti, Kaki Nyanyi. Dengan kesenian mereka, SUI membuktikan bahawa muzik bukan sahaja memerlukan anda mencapai nota yang betul tetapi ia mencipta pengalaman yang bergema dengan pendengar.
TigaRasa
Fai's Instagram | Redzwan Salleh's Instagram | Ralif Ismail's Instagram | Ralif Ismail's Youtube
TigaRasa, adalah sebuah kumpulan nyanyian yang telah pertama kali muncul dalam rancangan pertandingan nyanyian realiti, Kaki Nyanyi. Ditubuhkan oleh tiga vokalis lelaki berbakat — Fai, Ralif and Redzwan — TigaRasa membangkitkan genre motown/funk melalui muzik mereka yang membawa getaran tahun 1970-an.
Nama kumpulan itu melambangkan misi mereka untuk menyampaikan tiga perasaan berbeza dalam persembahan dan personaliti mereka. Sejak kemunculan pertama mereka, TigaRasa telah memikat hati peminat dengan susunan vokal mereka yang harmoni, kehadiran pentas yang menarik, dan tafsiran ikhlas lagu Melayu. Penyertaan mereka dalam Kaki Nyanyi, sebuah platform yang terkenal untuk menemui dan mempromosikan bakat muzik, telah menjadikan mereka sebagai finalis dan meletakkan mereka di tempat kedua dalam persembahan itu.
2 Mei 2025, Jumaat
7pm
8.15pm
9.30pm