Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik

Jazz Nusantara: Soukma & Rachma Lim in Harmony

(Indonesia/Singapura)

3 Mei 2025, Sabtu, 7.30pm, 8.30pm & 9.30pm

30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Ruang Legar

Acara ini telah berlalu

not cache
Tentang Acara

Sertai penyanyi jaz sensasi Indonesia, Soukma, dikenali sebagai “wanita kecil molek bersuara lancang”, untuk satu malam sambil mendengar lagu-lagu rakyat berirama jaz Indonesia.

 

Beliau akan disertai pemain piano terkenal, Rachma Lim, seorang warga Medan yang mempunyai cara unik yang menggabungkan jaz tradisional dan moden, menghasilkan lagu-lagu menarik dan bakal mengajak pendengar dalam satu perjalanan penemuan diri.

 

Memadatkan lagi persembahan itu, mereka akan disertai penyanyi bersuara lunak Singapura, Rudy Djoe, terkenal dengan vokal penuh jiwa dan keupayaan untuk lancar beralih kepada genre lain. Kehadiran dinamik Rudy Djoe di atas pentas bersama vokal merdunya menambahkan keunikan pada sambutan warisan muzik Indonesia itu.

 

Bersama-sama, mereka bersatu untuk menyampaikan persembahan penuh jiwa yang meraikan warisan muzik Indonesia, menggabungkan melodi malar segar bersama jaz kontemporari.

Bahasa: Bahasa Indonesia, Inggeris
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tentang Artis

Soukma

Instagram

Soukma telah menarik perhatian penonton di merata dunia dengan kehadiran pentasnya dan persembahan dinamik, mudah beralih daripada persembahan bertenaga kepada halus, elegan kepada gah. Beliau mendapat Inspirasinya daripada penyanyi jaz hebat termasuk seperti Billie Holiday, Ella Fitzgerald, dan Nina Simone.

 

Soukma telah tampil dalam rancangan siaran langsung televisyen, tempat-tempat jaz terkenal dan pelbagai festival di Singapura, Indonesia, and negara lain, berkongsi pentas bersama pemuzik terkenal. Album bertajuk dirinya itu memaparkan stailnya yang tersendiri—yang menunjukkan ekspresi seni aslinya dan minatnya terhadap jaz.

Tarikh & Masa

3 Mei 2025, Sabtu

7.30pm

Ruang Legar

8.30pm

Ruang Legar

9.30pm

Ruang Legar
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.