Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik

Gerek, Dowh

(Singapura, Malaysia)

3 Mei 2025, Sabtu, 7pm, 8.15pm & 9.30pm

45minit

(Waktu rehat: Tiada)

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

Acara ini telah berlalu

Kredit Foto: Cross Ratio Entertainment
not cache
Tentang Acara

Bersedia untuk menikmati satu malam yang rancak apabila dua artis hip hop dinamik bergabung. Ikon rap Singapura, Akeem Jahat, dan bakat gabungan genre Malaysia, Hullera, bakal mementaskan persembahan bertenaga mereka.

 

Alami tenaga budaya jalanan Singapura dan Malaysia menerusi muzik merentasi sempadan dalam satu acara hip hop yang anda tidak mahu lepaskan.

Bahasa: Melayu, Inggeris
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tentang Artis

Akeem Jahat

Instagram | YouTube

Bakat Singapura, Akeem Jahat, digelar sebagai artis hip hop dwibahasa avant-garde Asia Tenggara, terkenal dengan penyatuan menarik dalam permainan kata yang bijak dan budaya Asia dalam muziknya. Memantapkan dirinya sebagai salah seorang MC hebat bagi generasi kini, Akeem bergema di hati semua yang mendengar muziknya, tidak kira usia atau jantina. Setelah menandatangani kontrak bersama Cross Ratio Entertainment, Akeem Jahat kini melangkah ke fasa baru dalam kerjayanya, membawa kesenianya ke tahap lebih tinggi, satu rangkap pada satu masa. Pada 2004, Akeem mengeluarkan trak pilihan daripada pita campurannya, SeluDOPE, menerusi semua platform penstriman dan album baharu, 53LUDOPE, sempena meraikan ulang tahun ke-10 pita campuran itu dengan putaran segar dan kontemporari pada koleksi tercinta.

Hullera

Instagram | YouTube

Daripada jalanan meriah Johor hingga suasana meriah Bukit Jelutong, Shah Alam, perjalanan muzik Hullera bermula sejak usia lima tahun. Cintanya terhadap muzik berputik apabila bapanya memperkenalkan beliau kepada penyanyi malar segar, Frank Sinatra, dan lagu klasiknya, My Way. Bunyian Hullera tidak mengenal batasan, merangkumi pelbagai genre daripada hip hop, indie ke funk. Keupayaannya yang tiada tandingan untuk mengubah emosi kepada lirik yang memukau membolehkan pendengar daripada semua peringkat umur dan lapisan masyarakat berhubung dengannya pada tahap yang mendalam.

Tarikh & Masa

3 Mei 2025, Sabtu

7pm

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

8.15pm

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

9.30pm

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.