Sempena penerbitan SALINA oleh Teater Kami di Pesta Raya, sesi ini mendalami kesan perang terhadap teater dan sastera selepas Perang Dunia Kedua.
Dibingkai menerusi lensa novel A. Samad Said, bahan sumber SALINA, perbincangan ini akan menerokai bagaimana pergolakan perang, pimpinan kolonial dan pergelutan untuk mendapatkan identiti negara membentuk tema, naratif dan ekspresi artistik era tersebut.
Barisan panelis:
Annaliza Bakri, Pendidik, Penulis & Penterjemah
Rafeyah Abdul Rahman, Dramaturg & Penulis
Moderator:
Liyana Nasyita, Pengurus (Program), Taman Warisan Melayu