Noryn Sazali, lulusan diploma dari Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA) di bawah bimbingan Matthias Oestringer, kini Master Konsert Orkestra Sri Temasek. Menjejak kembali asas klasikalnya, beliau telah menurut serta dalam kelas master bimbingan Yuri Zhislin dan Lucy Russell, dari fakulti Royal College of Music London dan juga Pisoot Saay Op Oua, Master Konsert dari Orkestra Simfoni Bangkok. Noryn telah membuat persembahan di pelbagai konsert NAFA seperti Viva Verismo, Konsert Festival Seni Ulang tahun NAFA yang ke-80, NAFA Project Strings The Last Serenade dan The Complete Sibelius Symphony Cycle. Beliau juga terlibat dalam pelbagai orkestra luaran di Singapura sepeti Orkestra Filharmonik, Orkestra Melayu Singapore, yIN Harmony, ADDO Arts Company dan sekali-sekala, Singapore Pocket Opera Theatre.
Bakat dan kecemerlangan Norynn diiktiraf apabila beliau menerima Anugerah Belia Cemerlang pada 2018. Beliau aktif membuat persembahan di persada muzik setempat dan antarabangsa. Beliau dipilih untuk membuat persembahan untuk Kedutaan Singapura di Vietnam pada 2019 dan mewakili Singapura dalam Festival Cerita Rakyat Antarabangsa yang ke-60 di Lefkada, Greece, pada 2022 dan di Namur, Belgium (Festival de Folklore de Jambes) dan Haguenau, France (Festival du Houblon - Rythmes et couleurs du monde) pada 2023. Noryn bangga berkongsi budaya dan tradisinya dengan penonto antarabangsa, mengibar satu-satunya bendera Asia di kalangan negara-negara Eropah lain. Di Singapura, beliau telah berkongsi pentas bersama artis terkenal seperti Hady Mirza, Sufie Rashid dan Jatt Ali bagi konsert mereka di Esplanade pada Mei 2022.
Pada November 2019, Noryn membuat persembahan di Anugerah MENDAKI 2019 dengan kehadiran tetamu terhormat Dr Maliki Osman serta pengerusi, menteri Encik Masagos Zulkifli. Noryn telah membuat persembahan bersama alumni penerima anugerah yang lalu untuk Upacara Anugerah Ulang tahun Mendaki yang ke-40 tahun pada dengan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong sebagai tetamu terhormat. Beliau juga telah diberi peluang untuk membuat persembahan untuk Presiden Halimah Yacob semasa pelancaran Bulan Bahasa 2019 dan bagi Persidangan Gemilang Masyarakat pada Julai 2023.