Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
10 Mei 2024, Jumaat, 7.30pm, 8.30pm & 9.30pm
(Waktu rehat: Tiada)
Ruang Legar
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Penerbit muzik, Yanto Sani dan Andy Gan bekerjasama dalam genre silang alat muzik tradisional dan elektronik alternatif. Selami pengalaman unik yang memaparkan gubahan muzik Melayu asli dan muzik yang telah diadunkan secara kreatif (mashup) yang direka khas untuk persembahan ini.
Yanto Sani
Yanto Sani adalah seorang penaung seni yang telah menyumbang kepada persada seni Singapura selama melebihi sedekad. Muzikal terbarunya memberi tumpuan kepada muzik alternatif Melayu. Pada 2021, beliau menjadi juara Projek Lagu, satu pertandingan penulisan lagu kebangsaan yang dianjurkan oleh Mediacorp Suria.
Andy Gan
Andy Gan adalah seorang penggubah, penulis dan penyusun lagu yang berkelulusan dengan ijazah sarjana muda kesenian dengan kepujian dalam jurusan muzik dari Kolej Seni Lasalle, dengan pengkhususan dalam menggubah lagu. Beliau telah mengeluarkan muziknya sendiri di bawah nama artis, Dan Gryzon, dan telah bergabung bersama pelbagai artis setempat seperti Ilina Hats, Zalelo dan Danial Baharin. Muziknya melangkaui genre konvensional dan mengandungi elemen elektronik, pop, R&B dan klasikal. Beliau sering bereksperimen dengan bunyi berbeza dan bermatlamat untuk mencipta muzik yang mudah bergema dengan pendengar berbilang bangsa, bahasa atau genre.
Andy tampil dalam debut televisyennya pada 2021 bersama anggota lain, Aisha Ayesha dan Dan Rafael, di mana mereka menjadi antara finalis Projek Lagu, satu pertandingan penulisan lagu kebangsaan, anjuran Mediacorp Suria. Beliau juga seorang anggota aktif Gamelan Singamurti, satu kumpulan gamelan Bali di Singapura.
10 Mei 2024, Jumaat
7.30pm
8.30pm
9.30pm