Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
11 Mei 2024, Sabtu, 2pm
(Waktu rehat: Tiada)
Bilik Persisiran
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Pernahkah anda terfikir kenapa cerita rakyat tertentu mempunyai beberapa kesudahan? Atau mungkin, adakah situasi lapuk atau nasib tragis cerita ini dan watak-wataknya telah membuat mereka mencabar untuk dikaitkan? Sertai perbincangan panel ini untuk meneroka kaitan cerita rakyat klasik dalam masyarakat kita hari ini dan cabaran mengadaptasikan cerita-cerita ini agar sesuai dengan konteks kontemporari.
Ahli Panel
- Dr Azhar Ibrahim, Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS)
- Ridhwan Saidi, Penulis skrip Bawang Putih Bawang Merah, sebahagian daripada Pesta Raya - Festival Seni Melayu 2024
Moderator
- Syafiqah Jaaffar, Penolong Kurator di Pusat Warisan Melayu
Program ini dipersembahkan dengan kerjasama Pusat Warisan Melayu.
Tiket boleh didapati berdasarkan siapa dahulu, didahulukan. Sekiranya acara itu dilanggan sepenuhnya, tikat terhad mungkin boleh didapati apabila pemegang tiket mengembalikan tiket mereka. Jika anda tidak berupaya mendapat tiket, sila semak halaman acara ini dengan kerap untuk lihat jika tiket masih ada. Jika anda sudah berjaya mendaftar untuk acara ini tetapi tidak boleh menurut serta, anda boleh memberikan e-tiket anda kepada orang lain atau mengembalikannya menerusi link yang tertera di e-mel pengesahan SISTIC anda.
Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.
Pusat Warisan Melayu
Terletak di Kampong Gelam, Pusat Warisan Melayu (MHC) adalah sebuah muzium yang menawarkan pendedahan kebudayaan dan pengalaman pembelajaran tentang budaya dan warisan Melayu. Walaupun ia kini sedang tutup untuk kerja-kerja naik taraf, MHC terus menyediakan pelbagai program kepada tempat-tempat rakan kongsi di Singapura.
Dr Azhar Ibrahim
Dr Azhar Ibrahim adalah seorang Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau mengajar kesusasteraan dan ideologi Melayu-Indonesia di jabatan itu. Berliau berminat menyelidik tentang sosiologi kesusasteraan, teologi sosial, pemikiran Islam, keupayaan membaca dan menulis secara kritikal, dan pembangunan intelek Melayu-Indonesia. Antara karyanya yang telah diterbitkan adalah: Emancipated Education (2020), Historical Imagination and Cultural Responses to Colonialism and Nationalism: A Critical Malay(sian) Perspective (2017), Contemporary Islamic Discourse in the Malay-Indonesia World (2014) dan Narrating Presence: Awakening from Cultural Amnesia. (2014).
Ridhwan Saidi
Ridhwan Saidi adalah seorang penulis novel, skrip dan pembuat filem. Karyanya termasuk Bangsawan Gemala Malam, Hamlet Fansuri, Mautopia, Masam Manis dan Stereo Genmai, serta 13 playlet luar biasa dalam siri Modular Teater. Beliau menulis dengan tujuan untuk menerangi puisi dan meningkatkan penghayatan jenaka. Beliau menggabungkan amalannya dalam pembuatan filem, kesusasteraan dan teater dan secara aktif bekerjasama secara dramaturgi dengan artis dalam pelbagai bidang.
Syafiqah Jaaffar
Syafiqah Jaaffar berkelulusan ijazah sarjana muda dan sarjana dalam sejarah dari Universiti Nasional Singapura. Minat penyelidikan dan kerjanya terletak di celah seni visual, kesusasteraan dan sejarah alam Melayu dari abad ke-19 hingga sekarang. Beliau kini seorang penolong kurator di Pusat Warisan Melayu. Sebelum ini, beliau berada di Muzium Negara Singapura, dengan pameran terbarunya, A Voyage of Love and Rindu (2021) dan Dislokasi (2022).
11 Mei 2024, Sabtu
2pm