We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
12 Mei 2024, Ahad, 2pm
(Waktu rehat: Tiada)
Studio Latihan Esplanade
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Mari menerokai keajaiban angklung dalam bengkel pemula ini! Sebuah alat muzik yang berasal dari Jawa Barat, angklung diperbuat daripada buluh dan menghasilkan bunyi indah dan bergema apabila ia digoyang. Dalam bengkel ini, peserta akan mempelajari teknik asas angklung seperti memegang alat, menghasilkan bunyi dan memainkan melodi mudah sebagai satu ensemble. Bengkel ini terbuka untuk semua, dan tiada pengalaman muzik diperlukan.
Kemas kini:
Sila berkumpul di Pejabat Tiket dan Pusat Pelawat Esplanade (Tingkat Mezzanine) untuk kemasukan ke bengkel ini kerana pintu masuk awam ke Studio Latihan melalui Studio Teater ditutup buat sementara waktu.
Sila tiba 15 minit sebelum permulaan bengkel kerana pelanggan yang tiba selepas bengkel bermula tidak akan dibenarkan masuk ke tempat tersebut. Terima kasih.
Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.
Angklung Empire
Konsep Angklung Empire tercetus pada lewat 2019 dan kemudian ditubuhkan pada Januari 2022. Ia satu kerjasama antara Ethnique Musique Connections (EMC) dan Gamelan Asmaradana (GA). Ditadbirkan bersama oleh Pengarah Muzik, Faridah Jamal (EMC) dan Pengarah Logistik, Chan Mei Yin (GA), it terdiri daripada pemuzik dewasa yang merupakan bekas pelajar Faridah Jamal, anggota Gamelan Asmaradana dan anggota masyarakat lain.
12 Mei 2024, Ahad
2pm
Standard | |
Harga | $15 |