Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
19 Mei 2023, Jumaat, 7.30pm, 8.30pm & 9.30pm
(Waktu rehat: Tiada)
Ruang Legar
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Dram dimainkan terus dengan irama genderang dan pop yang menggoda, dicipta untuk setiap senarai parti di rumah.
Dengarkan gabungan muzik yang dikumpulkan untuk mengiringi dan menyempurnakan saat-saat kehidupan pahit manis - daripada pertemuan, perpisahan, kebingungan dan serangan panik.
Lagu-lagu daripada album terbarunya yang baru dikeluarkan, Untuk Kau, akan dipersembahkan, menyampaikan tema-tema sayu ketika berputus cinta. Penafian, kemarahan, tawar-menawar, kemurungan dan penerimaan adalah antara nota-nota kompleks dan bersemangat dalam muziknya.
FLQ
FLQ aka Faliq, adalah seorang seniman pop synth dalam bilik dan penerbit dari Malaysia. Keluaran debut FLQ, Untuk Kau, adalah album yang diterbitnya sendiri dengan gabungan bersama pelbagai bakat setempat. Album tersebut memaparkan bunyi dan stail dengan pengaruh daripada pop bandar dan pop nostalgia tahun 1980-an. Kandungan utama album adalah sambungan daripada karya-karya Faliq yang beliau terbit sendiri tetapi dengan suara berlainan.
Album ini awalnya mula pra-penerbitan semasa tempoh penutupan dan penyekatan pandemik. Terpencil daripada dunia, Faliq menemui suara baru apabila beliau melakukan projek terbarunya.
Mengambil inspirasi daripada pop bandar dari Indonesia dan Jepun pada tahun 1980-an, FLQ mencipta bunyi sendiri menerusi tujuh trak asli yang beliau gubah dan terbit, memaparkan generasi pemuzik berbakat yang beliau gabung bersama seperti Hullera, Dian, Acap LOKO, Pi'e Ramayan, EJ Safari, dan Lola.
19 Mei 2023, Jumaat
7.30pm
8.30pm
9.30pm