We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
19 Mei 2023, Jumaat, 8pm
20 Mei 2023, Sabtu, 8pm & 9pm
21 Mei 2023, Ahad, 8pm
(Waktu rehat: Tiada)
Taman Perkarangan Esplanade
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Alami persembahan gabungan wayang kulit tradisional dan suasana bunyi ambien moden dalam projek kolaboratif Sri Setia Pulau Singa dan Kicau-Bicau buat julung-julung kalinya.
Kumpulan wayang kulit tradisional Melayu, Sri Setia Pulau Singa, dan duo seniman sekitaran bunyi ambien, Kicau-Bilau, akan mempersembahkan kisah wayang kulit bermutu, Sirat Maharaja Buka Negeri, dengan sentuhan muzik moden. Ikuti kisah seorang raja yang menghadapi pelbagai ujian dan dugaan semasa beliau cuba membina negara sendiri sehingga keadaan menjadi lebih baik selepas kemunculan misteri seorang puteri cantik. Siapakah puteri ini dan mengapakah beliau muncul?
Ketahui sebabnya dalam persembahan unik ini di Esplanade yang akan menyatukan tradisi dan kemodenan seni Melayu.
Kicau Bilau
Pasangan duo seni bunyian yang bertapak di Malaysia yang bermain muzik instrumental dan ambien menggunakan angklung dan gitar. Ditubuhkan pada 2017, Kicau-Bilau terdorong untuk bergabung bersama individu kreatif lain dari pelbagai jenis bentuk seni. Nama mereka bermain dengan perkataan yang berlawanan dengan perkataan berganda kacau-bilau yang mempunyai maksud sama dengan helter-skelter atau topsy turvy dalam bahasa Inggeris. Kicau-Bilau membawa maksud ‘tidak aman’.
Sri Setia Pulau Singa
Singa Sri Setia Pulau Singa, sebuah kumpulan wayang kulit yang diberi nama oleh Pak Soh, telah ditubuhkan pada 26 Mac 2012. Berlatar belakangkan seni dikir barat, anggota Seri Setia Pulau Singa memupuk minat mendalam terhadap satu lagi seni tradisional Kelantan iaitu wayang kulit. Sri Setia Pulau Singa menjalani latihan di bawah bimbingan Pak Soh dan bermatlamat memaparkan seni wayang kulit Kelantan kepada peminat seni kebudayaan di Singapura.
19 Mei 2023, Jumaat
8pm
20 Mei 2023, Sabtu
8pm
9pm
21 Mei 2023, Ahad
8pm